SHAH ALAM: Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyebabkan urungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit sangat rendah, pada Rabu lepas (29 Jun).
Pengarahnya Datuk Sha'ari Ngadiman berkata arahan itu dikeluarkan semasa Operasi Sanitasi (Operasi Premis Bersih) yang dijalankan pihaknya bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di seluruh negeri ini bermula pukul 6 petang hingga 1 pagi.
Beliau berkata pelaksanaan operasi khas itu bertujuan memastikan premis yang beroperasi sehingga lewat malam mengekalkan tahap kebersihan optimum bagi mengelak kes keracunan makanan.
"Sebanyak 207 premis makanan diperiksa dan 34 diarahkan tutup kerana urungan LILATI selain mendapat markah dimerit yang amat rendah.
"Selain itu, 263 notis 32B di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 dengan nilai kompaun RM167,300 dikeluarkan ke atas semua pemilik premis dan pengendali makanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sha'ari juga menyeru semua pengusaha makanan sentiasa memastikan premis dan produk jualan mematuhi Akta Makanan 1983 serta peraturan berkaitan.
"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan premis kotor atau produk makanan kepada PKD terdekat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) atau Facebook JKNS," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Sebanyak 207 premis makanan diperiksa dan 34 diarahkan tutup kerana urungan LILATI selain mendapat markah dimerit yang amat rendah. - Foto Facebook/Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
![AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982197/thumbnails/10997879401660222851157_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1. SPRM sahkan lengkap kertas siasat individu berkaitan LCS 2. 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan anjur parti liar 3. Kalau tambat ringgit, undang risiko lebih besar, tegas Zafrul

WTCKL cadang guna media sosial dorong lebih banyak acara global
Selain itu, WTCKL turut membentangkan idea berhubung pameran perdagangan baharu RESONEX 2022 yang akan diadakan pada November ini.

'Hanya mampu genggam tangan, tak cakap apa-apa. Isteri pergi bersama kandungan'
Hasrat Muhammad Fadzli Ahmad untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isteri, Farha Mohd Sabri dan bayi dalam kandungan meninggal dunia, Jumaat lalu.

Dialog Tiga Penjuru: Tekanan ekonomi, mental perlu kuat
Sejauh mana masalah kewangan menyumbang kepada masalah mental? Adakah keresahan ekonomi kini berada pada tahap yang terburuk? Apa strategi dalam pengurusan kewangan untuk memenuhi keperluan semasa isi rumah berdepan dengan inflasiketika ini? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.
![[INFOGRAFIK] Kerajaan telus isu LCS, arah siasatan disegarakan [INFOGRAFIK] Kerajaan telus isu LCS, arah siasatan disegarakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982195/thumbnails/10997879441660221362126_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kerajaan telus isu LCS, arah siasatan disegarakan
Ketahui dengan lebih lanjut menerusi infografik ini mengenai ketelusan kerajaan berkenaan isu kapal tempur pesisir (LCS) selain mengarahkan agar siasatan disegarakan.

KKR tingkat persediaan hadapi musim tengkujuh
KKR menyatakan kesiapsiagaan bagi menghadapi musim banjir terutama sewaktu musim tengkujuh yang bakal tiba kira-kira tiga bulan lagi.

34 premis urung lipas, lalat, tikus diarah tutup
Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyebabkan urungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit sangat rendah.

Hidang mi segera berulat, premis makanan diarah tutup
Video berdurasi 58 saat itu memaparkan mi segera ayam goreng yang dipesan pelanggan mula tular di media sosial.