awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

343 kes keganasan rumah tangga di Pulau Pinang tahun lepas

Bernama
Bernama
24/04/2020
22:17 MYT
343 kes keganasan rumah tangga di Pulau Pinang tahun lepas
Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan pelbagai program berkenaan kesamarataan gender bagi memperkasakan wanita dalam usaha mencegah mereka daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga. - Gambar hiasan
Sebanyak 343 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di Pulau Pinang sepanjang tahun lepas dengan daerah Timur Laut mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 112 kes.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam negeri, Chong Eng berkata berdasarkan statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, sejumlah 86 kes direkodkan di daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara (61 kes), Seberang Perai Selatan (48 kes) dan Barat Daya (36 kes).
Beliau berkata statistik menunjukkan daripada 343 kes itu, 332 kes atau 96.7 peratus melibatkan mangsa wanita.
"Bagaimanapun, jumlah kes ini mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenar dalam komuniti kita, kita percaya dengan satu kes dilaporkan mungkin terdapat lima hingga 10 kes yang tidak dilaporkan.
"Kajian menunjukkan bahawa keganasan rumah tangga berlaku kerana ketidaksamaan antara lelaki dan wanita.
"Banyak yang masih mengamalkan pemikiran tradisional bahawa wanita tidak setaraf dengan lelaki. Ketika seseorang merasakan mereka lebih hebat atau tidak menghormati yang lain, itu adalah ketikanya keganasan berlaku di rumah," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Jumaat.
Berikutan itu, Chong berkata kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan pelbagai program berkenaan kesamarataan gender bagi memperkasakan wanita dalam usaha mencegah mereka daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Menurutnya, mendidik masyarakat dengan pemahaman dan faedah berhubung kesamarataan gender akan membuka permulaan positif bagi semua inisiatif intervensi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chong Eng
#Islam
#keganasan
#keganasan rumah tangga
#kerajaan
#kesamarataan gender
#mangsa
#PDRM
#pulau pinang
#statistik
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan