awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Tingkat aspek penguatkuasaan, pendakwaan kes penipuan pakej haji, umrah - Mohd Na'im
MALAYSIA
Siasatan lanjut insiden letupan di Ipoh diserah kepada polis - Saarani
DUNIA
Kerajaan India analisis data kotak hitam pesawat terhempas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

35 kenderaan guna lampu HID disaman

Sinar Harian
Sinar Harian
08/12/2021
21:24 MYT
Sponsor Banner
35 kenderaan guna lampu HID disaman
JPJ membuat pemeriksaan pada kenderaan yang menggunakan lampu HID. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seramai 35 individu dikenakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan kerana menggunakan lampu High Intensity Discharged (HID) pada kenderaan.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kenderaan berkenaan dikenakan tindakan dalam operasi khas lampu HID di Kilometer 5.5 Jalan Seremban-Tampin berhadapan JPJ pada Selasa.
"Dalam operasi dua jam yang bermula pada 9 malam itu, sebanyak 496 kenderaan diperiksa dan 55 dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.
"Daripada jumlah itu, 35 buah kenderaan dikenakan tindakan mengikut Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1959 kerana memasang lampu HID secara retrofit tanpa kebenaran," katanya kepada Sinar Harian, pada Rabu.
Menurutnya, operasi dilaksanakan bahagian Penguat kuasa JPJ itu bagi memastikan pemilik kenderaan persendirian khususnya, mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Kata beliau, penguatkuasaan berterusan akan dilaksanakan kerana kesalahan pemasangan lampu HID boleh menimbulkan ketidakselesaan dan membahayakan pengguna jalan raya lain.
"JPJ Negeri Sembilan sentiasa berusaha memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terjamin.
"Ia juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kerana pengguna jalan raya lain akan menghadapi kesukaran memandu akibat pencahayaan tinggi dan menyebabkan keadaan silau," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JPJ
#High Intensity Discharged
#lampu HID
#pemilik kenderaan disaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami