awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 stesen minyak tutup: Hajiji akan bincang dengan Shell Malaysia

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
23/06/2023
08:00 MYT
35 stesen minyak tutup: Hajiji akan bincang dengan Shell Malaysia
Jelas Hajiji, beliau dimaklumkan bahawa penutupan 35 stesen minyak itu akan dilaksanakan awal tahun hadapan.- Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan bertemu dengan Shell Malaysia untuk membincangkan isu penutupan 35 stesen minyak di Sabah dan Labuan.
Jelas Hajiji, beliau dimaklumkan bahawa penutupan stesen minyak itu akan dilaksanakan awal tahun hadapan.
"Saya sedar situasi itu dan akan bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman untuk mengetahui lebih lanjut keadaan dan nasib mangsa yang terjejas di Sabah dan Labuan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Shell Timur Sdn Bhd, yang mengendalikan kiosk Shell di Sabah dan Labuan telah mengesahkan ia akan menutup beberapa stesen minyak yang kurang produktif di kawasan pantai timur bagi mengekalkan prestasi syarikat.
Dilaporkan bahawa stesen yang terjejas ialah 10 di Tawau, dua di Semporna, enam di Lahad Datu, 12 di Sandakan, dua di Labuan dan masing-masing satu di Likas, Telipok dan Kuala Penyu.
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#shell
#Sabah
#Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan