Polis Pulau Pinang sedang giat mengesan dalang serta ahli sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di negeri itu sejak sebulan lalu.
Sindiket yang dipercayai turut mempunyai rangkaian di negara jiran itu dikesan menjalankan kegiatan pengedaran dadah di beberapa negeri di utara tanah air.
Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman SAC Lukas Anak Aket berkata, ia susulan penahanan dua lelaki dalam dua serbuan berasingan di Sungai Dua dan Butterworth pada Isnin lalu dan pada Rabu (23 September).
Menurut Lukas, dalam serbuan di Sungai Dua, seorang lelaki berusia 33 tahun bertindak memandu dalam keadaan berbahaya sehingga memberi ancaman keselamatan kepada polis serta pengguna jalan raya yang lain selepas menyedari dirinya diekori polis.
Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta dinaiki lelaki itu sebelum berjaya menahannya di kawasan Plaza Tol Sungai Dua pada jam 9.45 pagi Isnin.
"Pada jam 9.45 pagi, sepasukan polis dan anggota PGA menahan kenderaan terlibat di Plaza Tol Sungai Dua menahan seorang lelaki, dan lanjutan daripada itu di Butterworth, kami merampas ganja seberat 3kg.
Katanya susulan penahanan lelaki itu, polis mengesan sebuah van di tempat parkir di Buttterworth, dan menemui 352 ketulan mampat ganja seberat 345.4kg bernilai RM880,000.
Lukas berkata, dalam serbuan pada Rabu pula, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki berusia 27 tahun di kawasan Butterworth yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah tersebut.
Siasatan polis mendapati sindiket itu menjadikan van berkenaan sebagai tempat mereka menyimpan semua ganja yang dibawa masuk dari negara jiran sebelum ia diedarkan kepada rangkaian sindiket mereka di beberapa negeri di utara.
Susulan penahanan dua lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah itu polis menyita tiga buah kereta iaitu Toyota Camry, Volkswagen dan Audi yang kesemuanya bernilai RM140,600.
Kedua-dua suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu kini direman untuk siasatan lanjut serta kes disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semua ganja dirampas itu boleh digunakan oleh 690,800 penagih dadah.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Sep 24 2020
Sebahagian daripada ketulan ganja mampat yang dirampas oleh p[olis dalam dua serbuan berasingan. - PDRM
Tanpa bantuan kewangan, British Council boleh "lenyap" dalam sedekad
British Council boleh "lenyap" dalam dekad akan datang tanpa campur tangan segera kerajaan, kata ketua eksekutif organisasi itu.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM12.5 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 sejak awal Januari.
Israel bebas kumpulan kedua tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata
114 banduan dari Penjara Ofer dipindahkan ke Ramallah, 16 banduan dihantar pulang ke Gaza dan 70 lagi diusir keluar dari Palestin.
Hubungan melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Bas membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah
Bas yang membawa tahanan palestin yang dibebaskan dari Penjara Israel tiba di Ramallah pada Sabtu.
Wanita Israel dibebaskan minggu depan - Hamas
Wanita warga Israel yang menjadi tebusan di Semenanjung Gaza akan dibebaskan minggu depan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengangkutan awam percuma selama seminggu di Bangkok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, mengarahkan khidmat pengangkutan awam diberikan secara percuma di Bangkok selama seminggu bermula hari ini.
Kemboja gesa pakai pelitup muka, elak aktiviti di luar rumah
Kerajaan Kemboja pada Sabtu menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap pencemaran udara yang tinggi sekali gus menasihati mereka memakai pelitup muka untuk aktiviti luar.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Polis rampas pelbagai dadah bernilai lebih RM13.59 juta, berkas 5 individu
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM13.59 juta dan memberkas lima individu berkaitan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak September tahun lepas.
Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan edar dadah, bicara April
Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan lima hari untuk perbicaraan kes bermula 7 hingga 11 April ini.
Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah
Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok.
Tiga rakan ditahan bersama 20kg syabu bernilai RM640,000
Kesemua suspek dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah jenis syabu itu ditahan dalam serbuan bermula 4 petang semalam hingga 2 pagi tadi.
Sepasang kekasih, seorang lelaki didakwa edar dadah bernilai RM1.445 juta
Tiga individu termasuk sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah bernilai RM1.445 juta.
Pelombong Bitcoin bebas tuduhan edar, miliki dadah
Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang pelombong mata wang kripto Bitcoin daripada lima pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, empat tahun lepas.
Warga Thailand didakwa edar lebih 5 kg dadah
Seorang wanita warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar lebih lima kilogram dadah jenis heroin bulan lepas.
Edar dadah: Nelayan terlepas hukuman gantung
Seorang nelayan terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan lelaki itu atas pertuduhan mengedar methamphetamine.
Lelaki didakwa edar lebih 111kg kanabis
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar lebih 111 kilogram (kg) dadah jenis.