awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

353 kes COVID-19 varian XBB dilaporkan di Johor

Sinar Harian
Sinar Harian
25/04/2023
03:50 MYT
353 kes COVID-19 varian XBB dilaporkan di Johor
Sebanyak tujuh kluster dengan kumulatif 134 kes dilaporkan bagi wabak jangkitan saluran pernafasan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Sebanyak 353 kes COVID-19 dengan subvarian XBB dilaporkan di negeri ini membabitkan sembilan daerah setakat Sabtu lalu.
Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, situasi kes COVID-19 di Johor masih terkawal di mana subvarian BF.7 dan XBB 1.16 masih belum lagi dilaporkan di negeri ini.
"Daerah Johor Bahru merekodkan jumlah tertinggi kes COVID-19 subvarian XBB iaitu sebanyak 200 kes.
"Seterusnya daerah Muar sejumlah 33 kes, Kulai (28 kes), Batu Pahat (23 kes), Kluang (22 kes), Kota Tinggi (20 kes), Tangkak (14 kes), Pontian (11 kes) dan Segamat (2 kes)," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, Tian Soon berkata, sebanyak tujuh kluster dengan kumulatif 134 kes dilaporkan bagi wabak jangkitan saluran pernafasan, iaitu Influenza-like-illness (ILI) sehingga minggu epid pada 16/2023.
"Kluster berkenaan dilaporkan berlaku di institusi pendidikan merangkumi 85.7 peratus manakala satu kluster berlaku di hospital (14.3 peratus).
"Secara amnya, kes ILI dan URTI adalah jangkitan biasa yang berlaku tanpa musim di negara ini sepanjang tahun dan hanya memerlukan pemantauan dan pengasingan diri," katanya.
Tambahnya, berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) terhadap jangkitan ILI dan URTI, mendapati situasi masih terkawal walaupun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama yang dikesan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Ling Tian Soon
#subvarian XBB
#JKNJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan