awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

36,492 anggota keselamatan ditugaskan pada Pilihan Raya Negeri

Faida Rahim
Faida Rahim
10/08/2023
15:57 MYT
36,492 anggota keselamatan ditugaskan pada Pilihan Raya Negeri
Kata Razarudin, kesiapsiagaan pihak berkuasa menjadi keutamaan pada hari pengundian yang mana orang ramai tidak perlu risau dengan soal ketenteraman. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 36,492 orang anggota keselamatan akan ditugaskan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengundi di enam buah negeri terlibat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, pihaknya yakin pegawai anggota yang ditugaskan nanti dapat memastikan keselamatan orang ramai turun mengundi.
"Keseluruhan bagi enam negeri ini, petugas yang telah pun bertugas daripada bantuan dan kontinjen itu sendiri jumlahnya 36,492 orang.
"Mereka daripada pelbagai jabatan petugas am ada, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), polis perbadanan persekutuan ada, daripada FRU, battle 1,2,5,6,7,9. Pasukan gerakan udara juga memang dalam keadaan sedia dengan pesawat pesawat," katanya dalam satu sidang media di Bukit Aman pada Khamis.
Tambah beliau, kesiapsiagaan pihak berkuasa menjadi keutamaan pada hari pengundian yang mana orang ramai tidak perlu risau dengan soal ketenteraman.
Selain mengawasi lorong saluran, pihak berkuasa juga akan menempatkan anggota keselamatan termasuk di perkarangan Istana Negara serta di pusat membuang undi terutama di kawasan sekolah dalam memastikan aliran trafik lancar.
Razarudin turut menyeru masyarakat di enam negeri ini untuk beramai-ramai turun mengundi.
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#pilihan raya negeri
#Razarudin Husain
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan