awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

36 kawasan di Shah Alam, Klang, Petaling alami gangguan bekalan air berjadual 12 Januari ini

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2021
08:45 MYT
36 kawasan di Shah Alam, Klang, Petaling alami gangguan bekalan air berjadual 12 Januari ini
22 kawasan di Shah Alam, empat kawasan di Klang dan 10 kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:00 pagi, 12 Januari 2021.
KUALA LUMPUR:22 kawasan di Shah Alam, empat kawasan di Klang dan 10 kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:00 pagi, 12 Januari 2021 susulan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.
Dalam satu kenyataan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, bekalan air akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 pagi, 14 Januari 2021.
"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan," menurut kenyataan itu pada Rabu.
Air Selangor juga menasihatkan pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual.
Pelaksanaan kerja-kerja ini akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum.
Penambahbaikan infrastruktur paip ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.
Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
SIARAN MEDIA: NOTIS PEMBERITAHUAN AWAL KERJA-KERJA PENGALIHAN DAN PENYAMBUNGAN PAIP BAHARU DI WILAYAH SHAH ALAM YANG AKAN MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL MULAI 12 JANUARI 2021#AirSelangor pic.twitter.com/VIe6kZjf9H
— Air Selangor (@air_selangor) January 6, 2021
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#gangguan bekalan air berjadual
#air
#Selangor
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan