awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco
Kementerian Pertahanan perkukuh penggunaan digital dan AI - Khaled
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

36 warga Malaysia termasuk lapan wanita ditahan di penjara Narathiwat

Bernama
Bernama
02/08/2025
13:04 MYT
36 warga Malaysia termasuk lapan wanita ditahan di penjara Narathiwat
Kesemua mereka disabitkan atas kesalahan berkaitan dadah, dengan ada yang masih menunggu perbicaraan, manakala selebihnya telah dijatuhkan hukuman. - Gambar hiasan
NARATHIWAT: Sebanyak lima lagi lelaki warga Malaysia ditempatkan di Penjara Wilayah Narathiwat sejak awal tahun ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan meningkat daripada 31 kepada 36 orang termasuk lapan wanita.
Pengarah Penjara Wilayah Narathiwat Surin Chantep berkata kesemua mereka disabitkan atas kesalahan berkaitan dadah, dengan ada yang masih menunggu perbicaraan, manakala selebihnya telah dijatuhkan hukuman.
Beliau berkata setakat ini kesemua banduan warga Malaysia itu berada dalam keadaan baik serta menjalani hukuman tanpa menimbulkan sebarang masalah.
"Kebanyakan banduan sihat dari segi fizikal dan mental. Pihak penjara juga sentiasa memastikan mereka tidak menghidap penyakit berbahaya.
"Sekiranya ada yang disahkan menghidap penyakit berbahaya, mereka akan dihantar ke hospital yang lengkap dengan kemudahan rawatan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Penjara Wilayah Narathiwat kini menempatkan banduan daripada pelbagai negara, termasuk Malaysia yang disabitkan atas berbagai-bagai kesalahan jenayah, khususnya berkaitan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Malaysia
#Penjara Narathiwat
#selatan thailand
#kesalahan
#perbicaraan
#Hukuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan