awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

38 kes kecurian libatkan kabel ECRL, komponen lain direkodkan - MRL

Bernama
Bernama
29/10/2025
13:15 MYT
38 kes kecurian libatkan kabel ECRL, komponen lain direkodkan - MRL
Darwis berkata pihaknya dengan kerjasama PDRM, telah mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk pemasangan 116 CCTV serta menempatkan 67 pengawal keselamatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 38 kes kecurian kabel penghubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan beberapa komponen lain, telah direkodkan di sepanjang jajaran pembinaan terutama di Terengganu dan Pahang bermula Januari hingga September lepas, dengan jumlah kerugiaan sebanyak RM2.9 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk pemasangan 116 kamera litar tertutup (CCTV) serta menempatkan 67 pengawal keselamatan.
Beliau berkata usaha itu bagi memantau dan menyelia kawasan yang dikenal pasti sering berlakunya kejadian kecurian.
"Setakat ini apa yang kita rekodkan di negeri Terengganu ada...Pahang pun ada. Jadi, ia tidak tertumpu pada satu tempat. Kita menerima kerjasama baik daripada semua negeri terlibat untuk kita buat keterlibatan lebih kerap.
"Ini satu usaha berterusan dan kita mahu semua pihak mengambil serius, kerana masalah itu boleh menjejaskan pembukaan (operasi ECRL) sekiranya berterusan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Cabutan Undi Pakej Kerja Sub-Kontraktor Bumiputera G1 dan G2 Bagi Projek ECRL Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Sementara itu, Darwis berkata projek ECRL di Terengganu telah mencapai kemajuan sebanyak 93.55 peratus.
"Secara keseluruhannya projek ECRL telah mencapai kemajuan 88.08 peratus. Ini memberikan mesej bahawa kita berada pada landasan yang baik dan tepat untuk siap sepenuhnya pada Disember 2026 dan beroperasi pada Januari 2027," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CCTV
#ECRL
#PDRM
#langkah keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan