KUALA LUMPUR:Seramai 33 individu yang cuba merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran adalah antara 381 individu yang ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media, hari ini.

1. Seramai 381 individu ingkar PKPP ditahan, empat direman.

2. Pihak penguat kuasa menahan 20 pendatang tanpa izin (PATI,) tiga penyeludup serta merampas sembilan kenderaan darat dalam Operasi Benteng.

3.   Pemeriksaan dilakukan di 987 terminal pengangkutan darat, 268 terminal pengangkutan air dan 115 terminal pengangkutan udara.

4. Sebanyak 9,855 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

5.  Tiga premis yang gagal patuh SOP diberi nasihat.