KOTA KINABALU:Sebanyak 391 kes positif COVID-19 baharu dengan dua kematian direkodkan di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau berkata, di sebalik peningkatan statistik itu terdapat perkembangan baik di dua daerah yang kini telah diklasifikasikan sebagai zon hijau.
"Jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 391 kes dengan dua kes kematian iaitu masing-masing satu di Kota Kinabalu dan Tawau.
"Setakat ini jumlah zon merah adalah sebanyak 14 daerah. Terbaharu, Keningau bertukar daripada zon jingga kepada zon merah.
"Kota Marudu dan Sipitang pula berubah daripada zon kuning kepada zon hijau dan ia menjadikan tiga zon hijau di Sabah termasuk Nabawan," Katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Mengulas mengenai kes baharu, jelas Masidi daripada 391 kes, sebanyak 189 kes dikesan melalui saringan kontak rapat di 15 daerah, saringan kluster baharu dan sedia ada (104), saringan bergejala (35), saringan komuniti (40) dan lain-lain kategori (23).
Katanya, kluster baharu yang menyumbang kepada peningkatan kes adalah melibatkan dua daerah iaitu Penampang dan Tawau.
"Pada hari ini, terdapat dua kluster baharu direkodkan iaitu Kluster Jalan Domis di Penampang yang mencatatkan sebanyak dua kes... menjadikan bilangan kumulatif 12 kes.
"Kluster ini berkaitan dengan sebuah majlis penghormatan terakhir dan pengebumian.
"Satu lagi kluster adalah Kluster Batu Tiga di Tawau... sebanyak satu kes dikesan hari ini, menjadikan bilangan kumulatif sebanyak 28 kes.
"Kluster ini berkaitan dengan kontak rapat rakan sekerja di sebuah kilang memproses makanan laut," katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Dec 05 2020

Masidi berkata, di sebalik peningkatan statistik itu terdapat perkembangan baik di dua daerah yang kini diklasifikasikan sebagai zon hijau.
![AWANI Sarawak [28/01/2021] - Dua kes dilaporkan | 171 kes positif | Ops Catut 8.0 AWANI Sarawak [28/01/2021] - Dua kes dilaporkan | 171 kes positif | Ops Catut 8.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887571/2324679021611834246802_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [28/01/2021] - Dua kes dilaporkan | 171 kes positif | Ops Catut 8.0
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Syaff Shukri membawakan tumpuan berikut: Fokus #AWANISarawak malam ini: - Penduduk Long Jeeh risau belum disaring. - Satu kematian, kes ositif COVID-19 hari ini tiga angka. - Lima kelengkapan elektronik dipantau KPDNHEP Sarawak. #HapusCOVID19 #NormaBaharu Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Penduduk Long Jeeh, Ulu Baram rayu saringan COVID-19 dilakukan segera
Penduduk di Rumah Panjang Long Jeeh, Ulu Baram di sini merayu saringan COVID-19 dilakukan dengan segera di kawasan kampung mereka.

Saringan COVID-19 | Pasukan kesihatan diterbangkan esok ke Long Jeeh
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Datuk Lee Kim Shin memberitahu, lima pasukan kesihatan akan diterbangkan ke Long Jeeh, esok. Mereka terdiri daripada masing-masing dua doktor dan pemeriksa kesihatan serta seorang jururawat. Mereka dijadual berlepas pada pukul 8.30 pagi menaiki helikopter milik syarikat Hornbill Skyways dan Layang-Layang Aerospace.

Saringan COVID-19 | Lakukan segera saringan di Long Jeeh
Lebih 100 penduduk di 48 pintu Rumah Panjang Long Jeeh di Ulu Baram Miri, kini berdepan sekatan pergerakan. Ia susulan terdapat dua penduduk yang dikesan positif COVID-19 dari kampung itu. Dengan jarak kira-kira 300 kilometer selain tempoh perjalanan 10 jam menggunakan laluan darat sudah pasti keadaan ini merisaukan penduduk. Ia ditambah saringan COVID-19 juga belum dilakukan di kawasan kampung mereka.

COVID-19 | Status RWMF 2021 belum diputuskan
Status Festival Muzik Hutan Hujan (RWMF) 2021 masih belum diketahui. Kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sama ada ia akan berlangsung atau sebaliknya bergantung kepada situasi COVID-19.

Thaipusam | Guna pakai teknologi untuk meriahkan sambutan
Norma baharu tidak melunturkan semangat penganut Hindu di negara ini untuk menyambut perayaan Thaipusam. Di Pulau Pinang, penganut Hindu memaksimakan teknologi demi memastikan segala kekangan norma baharu tidak menghalang mereka daripada menyambut hari istimewa ini.

COVID-19 | Jangan hukum 'frontliners' dengan stigma
Jangan hukum petugas barisan hadapan. Itu tegas Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad ketika mengulas mengenai tindakan sesetengah pemilik kedai yang melarang kakitangan kem tahanan Taiping daripada memasuki premis mereka.

PKP 2.0 | Masa operasi beberapa perniagaan dilanjutkan 10 malam
Kerajaan hari ini bersetuju untuk melanjutkan masa operasi bagi beberapa lagi sektor perniagaan sehingga 10 malam. Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hariannya, petang tadi.

Pilihan raya | PRU15 sebelum 1 Ogos atau selepas 60 harinya?
Pilihan raya umum tidak mustahil diadakan sebelum 1 Ogos, demikian kata Annuar Musa.

COVID-19 | 4,094 kes baharu, 10 kematian
Malaysia merekodkan 4,094 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kini sebanyak 198,208 kes.

Kolam takungan di setiap daerah atasi masalah banjir di Sabah - Bung Moktar
Ia menjadi tempat menyimpan air alternatif untuk digunakan apabila berlaku gangguan bekalan apabila berlakunya banjir atau musim kemarau.

'Jangan dengar khabar angin, saya tidak mahu terbabit' - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu terlibat dalam isu mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden parti.

PdPR: Kerajaan Sabah pertimbang beri gajet kepada murid kurang mampu
Kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan untuk memberi peranti elektronik atau gajet kepada murid dari keluarga kurang berkemampuan di negeri itu.

COVID-19: Pilihan raya dan pilihan rakyat
Pilihan raya demokrasi menjadi bahagian penting dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem berparlimen dan demokrasi.

COVID-19: 3,048 kes baharu, 11 kematian - Dr Noor Hisham
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 41,076 kes.

Sabah perlu RM13 bilion atasi masalah bekalan air - Bung Moktar
Isu air di negeri itu berpunca daripada pelbagai faktor yang akhirnya menjejaskan ramai pengguna dan menjadi masalah besar.

Sabah bentang enakmen baharu libatkan isu air - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibawa ke peringkat sidang DUN Sabah selepas tempoh Proklamasi Darurat tamat.

Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.

Rizab sungai: Garis panduan semata-mata tidak cukup
Garis panduan sedia ada bagi penguatkuasaan sungai yang dirizabkan tidak cukup tegas bagi mengekang pencemaran sungai.

Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.