awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada penalti CP500 bagi pembayar cukai individu tahun taksiran 2026 - LHDN
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids

Fareez Azman
Fareez Azman
21/06/2022
05:36 MYT
397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids
Kempen khusus PICKids dibuka semula bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan. - Gambar fail
PETALING JAYA: Seramai 397 kanak-kanak telah menerima dos pertama vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dibuka sejak semalam.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kempen selama lima hari sehingga 24 Jun ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendapatkan vaksin bagi anak mereka berusia lima tahun ke atas.
"Untuk PICKids kita telah mulakan satu kempen khusus, dibuka semula PICKids bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.
"Walaupun kita umumkan PICKids telah tamat 31 Mei lalu untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas, namun, kita dapati ada ibu bapa minta agar diberikan ruang semula untuk berikan anak mereka (vaksin COVID-19)," jelasnya dalam sidang media di sini, pada Selasa.
Tambah Khairy, angka itu dijangka meningkat sepanjang tempoh kempen khusus PICKids berlangsung.
"Oleh demikian kita telah setuju untuk kita buat kempen secara lima hari ini bagi memastikan bahawa mereka yang terlepas peluang untuk dapat vaksin (sebelum ini) untuk anak-anak mereka diberikan kemudahan tersebut.
"Setakat ini 397 telah disuntik pada hari pertama iaitu semalam dan 150 daripada kanak-kanak berkenaan baru sahaja mencapai usia 5 tahun," jelas Khairy lagi.
Menurut info dari laman sesawang COVIDNOW, seramai 1.72 juta atau 48.4 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di negara ini telah menerima sekurang kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sementara 1.171 juta lagi bersamaan 33.0 peratus telah melengkapkan dos kedua dalam program PICKids sebelum ini yang berakhir pada 31 Mei lalu.
Topic Berkaitan
#PICKids
#Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak
#Khairy Jamaluddin
#Minggu Imunisasi Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan