awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,295 notis pengesahan pemasangan peranti had kelajuan telah dikeluarkan - Loke

Bernama
Bernama
23/10/2025
08:30 MYT
4,295 notis pengesahan pemasangan peranti had kelajuan telah dikeluarkan - Loke
Loke berkata notis itu dikeluarkan bagi memastikan semua kenderaan berat mematuhi keperluan pemasangan sistem berkenaan untuk keselamatan pengguna jalan raya. - Gambar fail
BENTONG: Sebanyak 4,295 notis pengesahan pemasangan peranti had kelajuan (SLD) telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berat setakat ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 4,295 notis pengesahan pemasangan peranti had kelajuan (SLD) telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berat bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan keselamatan jalan raya.
  • Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan bahawa pemilik diberi tempoh 14 hari untuk mengesahkan pemasangan SLD tanpa dikenakan tindakan lanjut jika dipatuhi dalam tempoh ditetapkan.
  • JPJ turut giat menguatkuasakan pemakaian tali pinggang keledar dalam semua jenis bas, dan pejabat baharu JPJ Bentong di Jalan Chamang mula beroperasi pada 8 September selepas siap dibina dengan kos RM10.4 juta di bawah RMK-11.

Beliau berkata notis itu dikeluarkan bagi memastikan semua kenderaan berat mematuhi keperluan pemasangan sistem berkenaan untuk keselamatan pengguna jalan raya.
"Apabila kita mengeluarkan notis, mereka diberi tempoh 14 hari untuk mendapatkan pengesahan SLD telah dipasang dan kembali ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pengesahan.
"Jika mereka berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan, tiada tindakan lanjut atau saman dikenakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baharu JPJ Cawangan Bentong di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang Datuk Amizar Abu Adam, Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli dan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman.
Loke berkata langkah penguatkuasaan terhadap pematuhan SLD menunjukkan kesan positif apabila semakin ramai pengusaha kenderaan berat tampil memasang sistem itu selepas notis dikeluarkan.
Selain itu, beliau berkata JPJ juga giat melaksanakan penguatkuasaan terhadap pemakaian tali pinggang keledar di dalam bas.
"Ia (penguatkuasaan) tidak mengira sama ada bas itu milik institut pengajian tinggi (IPT), bas ekspres atau bas persiaran. Selagi ia (bas) dilengkapi tali pinggang, pematuhan adalah wajib," katanya.
Berhubung pejabat baharu JPJ Bentong, Loke berkata pejabat di Jalan Chamang seluas 0.63 hektar itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dengan kos pembinaan RM10.4 juta.
Kerja pembinaan bermula pada 20 Mac 2023 dan diserahkan kepada JPJ pada 6 Ogos sebelum mula beroperasi pada 8 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SLD
#peranti had kelajuan
#bas
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan