awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri positif COVID-19 direman

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
22/01/2021
09:49 MYT
4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri positif COVID-19 direman
Semua suspek berusia 26 hingga 31 tahun terbabit direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. - Gambar fail
KOTA KINABALU:Polis hari ini memperoleh perintah tahanan reman terhadap empat beradik yang melarikan jenazah bapa mereka yang dikhuatiri positif COVID-19 dari Hospital Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, kesemua suspek berusia 26 hingga 31 tahun terbabit direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
"Semasa suspek larikan jenazah, kita dapati jenazah itu berstatus pesakit yang sedang disiasat (PUI) di Wad Kecemasan di Zon PUI (Hospital) Lahad Datu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu, pada Jumaat.
BACA: 4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri pesakit COVID-19 ditahan
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Terdahulu dalam insiden jam 8.30 malam Rabu itu, empat beradik tersebut ditahan polis selepas bertindak melarikan jenazah bapa mereka dari Hospital Lahad Datu.
Mereka dikatakan enggan meninggalkan jenazah bapa yang mempunyai sejarah penyakit otak dan strok di hospital dan sebaliknya bertindak membawa pulang mayatnya ke rumah.
Mengulas lanjut, Hazani turut menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#mayat bapa
#empat beradik
#larikan
#COVID-19
#Hospital Lahad Datu
#Sabah
#strok
#PUI
#polis
#direman
#CPO
#Hazani Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan