4 kluster baharu ini bukti perang lawan COVID-19 belum berakhir!

Shafizan Johari
Mei 8, 2020 23:11 MYT
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) berada di kawasan tapak pembinaan bagi membawa keluar warga asing dipercayai positif COVID-19. Foto Bernama
PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pembukaan semula ekonomi negara bukan bermakna Malaysia sudah pulih daripada perang melawan COVID-19.
Malah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, persepsi bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah tamat apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula, adalah tanggapan yang salah.
Tambahan pula, sejak seminggu lalu, masih wujud kes jangkitan COVID-19 di beberapa lokasi di seluruh negara.
Berikut adalah empat kluster baharu COVID-19 yang direkodkan sejak tujuh hari lalu.
1. Kluster Pedas (8 Mei)
Penemuan kluster Pedas diumumkan pada 8 Mei melibatkan melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.
Dr Noor Hisham berkata, ia selepas 60 kes positif COVID-19 direkodkan di kawasan tersebut.
Menurutnya, kes positif itu melibatkan tujuh warganegara Malaysia, 25 kes Nepal,18 kes Bangladesh, lapan kes Indonesia dan dua Myanmar.
2. Kluster pusat beli belah Cheras (7 Mei)
Dr Noor Hisham berkata, pihaknya mengenal pasti kluster melibatkan anggota serta pengawal keselamatan di pusat beli belah Cheras.
Sehingga Khamis, terdapat 10 kes positif COVID-19 dalam kluster itu, melibatkan sembilan warga Nepal dan seorang warga Malaysia.
3. Kluster Taman BDC di Kuching (4 Mei)
KKM memaklumkan terdapat satu pertambahan kluster baharu di Sarawak dikenali sebagai kluster Taman BDC di Kuching, Sarawak.
Menurut Dr Noor Hisham, terdapat 37 kes positif dilaporkan dari kluster tersebut.
Kluster tersebut juga dipercayai berpunca daripada perhimpunan tabligh Sri Petaling.
4. Kluster Lanchang (2 Mei)
Penemuan kluster Lanchang diumumkan pada 2 Mei lalu membabitkan pelajar tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang .

Kluster Tahfiz Lanchang, kluster baharu dikenal pasti - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr @DGHisham Ayuh #DudukRumah #SihatkanMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/cxd5dF3wqu

— Astro AWANI (@501Awani) May 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #keselamatan #KKM #koronavirus #Noor Hisham Abdullah #perhimpunan