Seramai 40 jemaah tabligh rakyat Malaysia termasuk dua yang telah selesai kes perbicaraan di Saharanpur, Uttar Pradesh, selamat tiba di tanah air semalam dari India, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaffar.
Beliau berkata mereka merupakan kumpulan kedua jemaah tabligh yang kembali ke Malaysia selepas kumpulan pertama yang terdiri daripada 62 jemaah tabligh pulang pada 18 Julai lepas.
Kumpulan kedua itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat Air India Express kira-kira 2.45 petang semalam, menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.
"Semua rakyat Malaysia yang berkenaan diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 setibanya di KLIA dan perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, untuk pemantauan lanjut," katanya.
Kamaruddin yang juga Pengerusi Pasukan Petugas COVID-19 Kementerian Luar berkata masih terdapat 87 jemaah tabligh rakyat Malaysia yang berada di India.
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 25 jemaah tabligh di New Delhi dijangka pulang ke tanah air pada 29 Julai ini.
Seramai 52 jemaah tabligh pula berada di beberapa wilayah di India seperti Bihar, Jharkand, Telangana, Tamil Nadu serta Maharashtra dan sedang menjalani proses perundangan, katanya.
Sembilan lagi jemaah tabligh masih berada di Kolkata, Bengal Barat dan sedang menanti prosedur perundangan seterusnya, manakala seorang jemaah tabligh di Amravati, Maharashtra tidak dikenakan apa-apa pertuduhan, katanya.
Kamaruddin berkata Kementerian Luar menerusi perwakilan-perwakilan Malaysia di India akan terus memantau secara berterusan perkembangan situasi tersebut dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara.
Beliau berkata kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India juga akan dipergiatkan lagi dalam usaha untuk memudah cara kepulangan mereka ke tanah air.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 23 2020
Kumpulan pertama yang terdiri daripada 62 jemaah tabligh pulang dari India pada 18 Julai lepas. -NADMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
40 jemaah tabligh rakyat Malaysia dari India kembali ke tanah air
Seramai 40 jemaah tabligh rakyat Malaysia termasuk dua yang telah selesai kes perbicaraan di India selamat tiba di tanah air semalam.