awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

40 peratus warga emas di Sarawak kesunyian - Kajian

Bernama
Bernama
08/11/2015
00:49 MYT
40 peratus warga emas di Sarawak kesunyian - Kajian
Kajian KPWKM mendapati 40 peratus warga emas di Sarawak pernah berasa kesunyian. -Gambar hiasan
Kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mendapati 40 peratus warga emas di Sarawak pernah berasa kesunyian.
Justeru, isteri Ketua Menteri Sarawak Puan Sri Jamilah Anu menggesa supaya isu itu segera ditangani supaya golongan berkenaan dapat menikmati kualiti hidup yang baik.
Beliau berkata kajian itu juga mendapati 52.2 peratus penduduk di Sarawak merupakan isi rumah keluarga asas terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak, manakala selebihnya isi rumah keluarga luas, isi rumah perseorangan, isi rumah ahli tidak bersaudara serta isi rumah ahli-ahli.
Kajian juga menunjukkan di Sarawak, hanya 7.1 peratus lelaki dan 11.1 peratus wanita pernah berkahwin, telah bercerai atau berpisah pada perkahwinan pertama.
"Antara punca utama penceraian ialah tiada persefahaman, pasangan curang serta campur tangan mentua atau ipar-duai.
"Oleh itu, program pemantapan keluarga perlu diteruskan bagi memastikan kadar penceraian dapat diturunkan," katanya ketika merasmikan majlis pelancaran sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia, di sini hari ini.
Jamilah juga mencadangkan KPWKM dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menjalankan gerak kerja yang lebih agresif bagi memastikan institusi keluarga dapat diperkukuh.
Selain itu, program pendidikan kekeluargaan dan pemantapan perkahwinan yang dilaksanakan agensi seperti LPPKN, badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar perunding perlu diperhebat bagi memantapkan lagi institusi keluarga di negara ini.
Di samping itu, beliau turut menyeru NGO serta swasta bekerjasama melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memastikan keadaan itu dapat diperbaiki.
Dalam pada itu, katanya dapatan positif daripada kajian itu ialah 91.2 peratus responden bujang di Sarawak yang berumur 25 hingga 49 tahun, menyatakan mereka ada membuat simpanan.
"Ini menunjukkan sudah ada kesedaran yang sangat tinggi dalam kalangan individu bujang tentang pentingnya membuat simpanan sebelum berkahwin," katanya.
Beliau turut memuji KPWKM kerana berjaya menganjurkan sambutan Hari Datuk dan Nenek buat kali pertama pada 4 Okt tahun ini.
Hari Datuk dan Nenek di Malaysia diisytiharkan jatuh pada Ahad pertama bulan Oktober setiap tahun, bermula tahun ini.
Jamilah berkata sambutan seumpama itu penting bagi menghargai jasa dan peranan datuk dan nenek dalam institusi kekeluargaan.
Beliau berkata institusi kekeluargaan merupakan tonggak utama dalam memastikan kemajuan sesebuah negara, sambil menambah bahawa keluarga adalah asas pembentukan masyarakat yang progresif dan berdaya saing.
Topic Berkaitan
#institusi keluarga
#Jamilah Anu
#KPWKM
#LPPKN
#Sarawak
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan