awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EPL: Amine Adli muncul wira Bournemouth tumbangkan Liverpool
APG 2025: Malaysia perlu 29 pingat lagi untuk capai sasaran
Jururawat Melayu suap makan kepada pesakit India dapat pengiktirafan KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

400,000 individu dipercayai jadi mangsa skim pelaburan JJPTR

Bernama
Bernama
20/05/2017
09:41 MYT
400,000 individu dipercayai jadi mangsa skim pelaburan JJPTR
ACRYL SANI: Setakat ini, polis hanya menerima kurang daripada 10 laporan polis membabitkan skim pelaburan itu. -Gambar fail
Kira-kira 400,000 individu dipercayai menjadi mangsa penipuan skim pelaburan kontroversi JJ Poor to Rich (JJPTR), kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata mangsa terdiri daripada 300,000 warga tempatan dan selebihnya warga asing.
Katanya berdasarkan siasatan awal jumlah pelaburan paling rendah dibuat oleh pelabur adalah RM4,500 dan ada mangsa yang sanggup melabur sehingga RM100,000.
"Setakat ini, polis hanya menerima kurang daripada 10 laporan polis membabitkan skim pelaburan itu. Kita mahu lebih ramai mangsa tampil membuat laporan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Kesedaran Jenayah Komersial 2017 sempena sambutan Hari Polis ke-210 di sini, hari ini.
Selasa lepas, tiga lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan sindiket skim pelaburan JJPTR, termasuk dalangnya ditahan di Petaling Jaya, Selangor bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Acryl Sani berkata secara purata nilai kerugian bagi kes penipuan antaranya melibatkan pelaburan skim cepat kaya dan ''Love Scam'' mencecah RM1 bilion setiap tahun.
"Saya percaya nilai kerugian berkenaan lebih tinggi berikutan ada mangsa tidak tampil untuk membuat laporan polis. Mangsa yang terlibat tidak perlu berasa malu untuk membuat laporan kerana polis akan menjaga rahsia dan sensitiviti maklumat mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Acryl Sani Abdullah Sani
#JJ Poor to Rich
#JJPTR
#love scam
#skim cepat kaya
#skim pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan