awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perak bimbang Musyawarah Nasional tidak berjaya
PM Anwar ucap tahniah kepada BN atas kemenangan PRK Kinabatangan, Lamag
Nouri al‑Maliki dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri Iraq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat Melayu suap makan kepada pesakit India dapat pengiktirafan KKM

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/01/2026
00:00 MYT
Jururawat Melayu suap makan kepada pesakit India dapat pengiktirafan KKM
Dr Dzulkefly (dua dari kanan) menyampaikan momento pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada Nur Deena Nadzhiefa di Hospital Seberang Jaya, Butterworth, pada Sabtu. - Gambar Facebook Dr Dzulkefly Ahmad
KUALA LUMPUR: Kemanusiaan mengatasi perbezaan kaum, kulit dan agama dan ia ditunjukkan melalui sikap penuh empati seorang jururawat yang tular di media sosial kerana menyantuni pesakit warga emas berbangsa India, baru-baru ini.
Sikap mulia jururawat yang dikenali sebagai Nur Deena Nadzhiefa itu menerima pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau berpeluang bertemu sendiri jururawat berkenaan, semasa majlis perasmian bangunan baharu Hospital Seberang Jaya, pada Sabtu.
Menurutnya, video tular yang memaparkan keikhlasan Nur Deena dalam melayani pesakit berkenaan benar-benar menyentuh perasaan dan mencerminkan nilai ihsan yang tinggi dalam profesion kejururawatan.
“Anugerah yang saya sampaikan ini kecil nilainya berbanding nilai ihsan yang ditunjukkan oleh Deena.
"Beliau membuktikan bahawa ubat paling mujarab di hospital bukan hanya pil atau suntikan, tetapi layanan penuh empati,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Dr Dzulkefly turut merakamkan penghargaan kepada Nur Deena kerana berjaya menghidupkan semangat ‘Malaysia’ dalam tugasan hariannya serta berharap sikap terpuji itu menjadi inspirasi kepada seluruh warga kesihatan dan masyarakat.
"Pengiktirafan tersebut disifatkan sebagai simbol penghargaan terhadap nilai kemanusiaan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan komitmen KKM dalam membudayakan perkhidmatan kesihatan yang prihatin serta berteraskan empati," ujarnya.
Topic Berkaitan
#jururawat Melayu
#suap makanan
#pesakit India
#Kementerian Kesihatan
#Nur Deena Nadzhiefa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan