KUALA LUMPUR: Sejumlah 41 kluster COVID-19 di semua peringkat institusi pendidikan dilaporkan setakat hari ini sejak 1 Jan lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 15 kluster melibatkan pusat pengajian tinggi, 11 kluster sekolah menengah, 10 kluster prasekolah dan sekolah rendah serta lima kluster pusat tahfiz dan madrasah yang telah dilaporkan dalam tempoh hampir tiga bulan itu.
Ia termasuk tiga kluster baharu yang diumumkan hari ini iaitu Kluster Paloh Rambai, Kluster Merinding, dan Kluster Persiaran Maktab.
"Bermula 20 Jan lepas, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan pembukaan semula institusi pendidikan secara bersemuka bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) secara berfasa dan pembukaan ini diperluaskan kepada sekolah rendah serta prasekolah pada 1 Mac.
"Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik komitmen KPM dalam memastikan para pelajar tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan yang selamat.
"Oleh itu, KKM ingin mengingatkan semua pihak terutamanya para pentadbir, guru, ibu bapa atau penjaga, pengusaha kantin, pemandu kenderaan sekolah serta pelajar untuk sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu," katanya dalam kenyataan perkembangan situasi COVID-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata kementerian dengan kerjasama KPM akan sentiasa memastikan aspek kesihatan serta keselamatan warga institusi pendidikan terus diutamakan.
Beliau berkata kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan institusi pendidikan adalah kondusif dan selamat untuk pengajian sekali gus akan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dan juga lain-lain jangkitan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021

Kluster itu antara lain melibatkan pusat pengajian tinggi, sekolah menengah, prasekolah dan sekolah rendah. - Gambar hiasan/ Bernama

Adam Radlan berdepan enam lagi kes AMLA
Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kerajaan berharap
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
AWANI Ringkas: SPRM sedia beri justifikasi | Agihan subsidi perlu pendekatan baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Curi Honda City di pusat cuci kenderaan, lelaki dipenjara setahun
Seorang lelaki yang tular mencuri sebuah kereta jenis Honda City Hatchback di premis cuci kenderaan minggu lalu, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Keputusan rayuan Isa Samad pada 31 Januari 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Januari tahun depan, untuk menyampaikan keputusan dalam rayuan yang dikemukakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
Fahamkan rakyat tentang IDN dan e-invois - YB Arau
"Kita minta supaya kerajaan terang kepada rakyat, banyak yang tak faham, beri faham dahulu baru kita laksanakan," kata YB Arau.
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

Agong, Putera Albert II lawat pusat konservasi Harimau Malaya, gajah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Monaco Putera Albert II berkenan melawat dua pusat konservasi haiwan yang terletak di Lanchang.

Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.
SPRM sedia kemuka justifikasi isu akaun Aman Palestin
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk mengemukakan justifikasi kepada mahkamah berikutan isu pembekuan aset Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aman Palestin.

Indeks perdagangan luar negara naik sedikit pada Oktober - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada Oktober 2023 meningkat 1.2 kepada 146.4 mata peratus daripada 144.6 mata pada bulan sebelumnya.

GHEF2023: Rapatkan jurang akses pendidikan tinggi
Pandemik COVID-19 telah melebarkan jurang akses untuk pendidikan tinggi. Sebagai usaha untuk mencari solusi dan mendapatkan sumbang saran 8th Global Higher Education Forum (GHEF) 2023 telah dilaksana.

Hampir 10 peratus usahawan gulung tikar pada April 2020 akibat COVID-19 - Ewon
Kira-kira 8.85 peratus usahawan telah gulung tikar pada April 2020 selepas terkesan akibat pandemik COVID-19 dan kenaikan harga barangan.

COVID-19: Kes jangkitan meningkat kepada 2,305 minggu lalu, 21 varian Omicron
Daripada jumlah itu, terdapat 20 kes Variant of Concern (VOC) dan satu kes Variant of Interest (VOI).

Perlu cepat belajar untuk bangkit dalam perniagaan - Vijay Eswaran
Menyesuaikan diri, menyusun semula dan memenuhi keperluan merupakan langkah yang dilakukan Kumpulan Syarikat QI ketika berdepan pandemik COVID-19.

Australia Barat perkenal semula mandat pemakaian pelitup muka selepas peningkatan kes COVID-19
Negeri Australia Barat mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan semula mandat pemakaian pelitup muka di hospital-hospital di ibu negerinya Perth susulan peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini.

Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran satu kebimbangan - IDEAS
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran menjadi satu kebimbangan utama yang dijejaskan lagi oleh impak akibat pandemik COVID-19.
![[KOLUMNIS] Memahami dan menghayati matlamat pendidikan negara berteraskan rukun Malaysia MADANI [KOLUMNIS] Memahami dan menghayati matlamat pendidikan negara berteraskan rukun Malaysia MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699975615_Generickonvokesyen.jpg)
[KOLUMNIS] Memahami dan menghayati matlamat pendidikan negara berteraskan rukun Malaysia MADANI
ASPIRASI Malaysia MADANI diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlandaskan enam rukun utama iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

Pertumbuhan APEC 2023 dijangka pada 3.3 peratus, kesan pandemik terus suramkan unjuran
Pertumbuhan ekonomi di rantau APEC menunjukkan tanda-tanda bertambah baik, dengan unjuran pertumbuhan 3.3 peratus pada tahun ini.

Sebuah negeri di Australia berdepan gelombang baharu jangkitan COVID-19
Penurunan imuniti menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di Australia Selatan (SA), kata ketua kesihatan negeri itu.

Kajian baharu kaitkan trauma kanak-kanak dengan kematian akibat COVID-19
Individu yang hidup susah semasa kanak-kanak, seperti didera atau diabaikan cenderung untuk dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia akibat COVID-19 ketika dewasa.