4,100 rumah perlu dibina di Melaka setiap tahun untuk capai sasaran pemilikan

Zulkiflee (tengah), meninjau ruang pameran selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Expo RMM Negeri Melaka 2025 di Banda Hilir, pada Jumaat. Hadir sama, Murad (kiri). - Gambar Bernama
MELAKA: Sekurang-kurangnya 4,100 unit rumah baharu perlu dibina setiap tahun di Melaka bagi membolehkan sasaran peratus pemilikan rumah mencapai 88 peratus menjelang 2030 dicapai.
Ringkasan AI
- Sasaran pembinaan 4,100 unit rumah baharu setiap tahun di Melaka menjelang 2030 untuk capai peratus pemilikan rumah 88%.
- Ekspo Rumah Mampu Milik Negeri Melaka 2025 berjaya tawar 1,160 unit rumah berstatus pemilikan dengan syarat ketat termasuk kelulusan Lembaga Perumahan Melaka.
- Melaka menawarkan harga kediaman terendah menarik minat pembeli tempatan dan luar negeri, sambil SJKP membantu pembeli yang tidak layak mendapatkan pembiayaan rumah.
"Alhamdulillah, pencapaian pembinaan rumah baharu kekal memuaskan dan kita yakin sasaran berkenaan mampu dicapai," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ekspo Rumah Mampu Milik (RMM) Negeri Melaka 2025, di sini, pada Jumaat.
Majlis itu disempurnakan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.
Murad berkata, ekspo itu menghimpunkan 13 pemaju serta tujuh agensi berkaitan termasuk institusi kewangan dan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi membantu pembeli yang layak.
Beliau berkata, sebanyak 1,160 unit rumah berstatus pemilikan ditawarkan pada ekspo kali ini, namun pembeliannya tertakluk kepada syarat asas termasuk kelulusan LPM dan pematuhan kriteria rumah pertama.
"Kita beri keutamaan kepada mereka yang berada dalam julat pendapatan ditetapkan supaya mereka berpeluang memiliki rumah sendiri. Ada pembeli yang mempunyai slip gaji tetapi tidak layak disebabkan tanggungan besar dan di sinilah SJKP membantu mereka mendapatkan pembiayaan," katanya.
Beliau berkata, Melaka masih menawarkan harga purata kediaman terendah berbanding beberapa negeri lain, sekali gus menarik minat bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga pembeli luar negeri ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


