awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

42 individu dikompaun, polis serbu banglo anjur pesta hari jadi di Batu Feringghi

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/10/2020
06:03 MYT
42 individu dikompaun, polis serbu banglo anjur pesta hari jadi di Batu Feringghi
Dalam serbuan pukul 10 malam tadi, seramai 42 individu terdiri daripada 34 lelaki dan lapan wanita berusia 20 hingga 40an di tahan polis ketika leka berhibur.
GEORGE TOWN:Hasrat sekumpulan lelaki dan wanita menyambut pesta hari jadi disebuah banglo di Batu Feringghi, Pulau Pinang sewaktu dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak kesampaian apabila diserbu polis.
Dalam serbuan pukul 10 malam tadi, seramai 42 individu terdiri daripada 34 lelaki dan lapan wanita berusia 20 hingga 40an di tahan polis ketika leka berhibur.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kumpulan itu menyewa banglo berkenaan bertujuan meraikan hari jadi salah seorang rakan mereka.
Pemeriksaan lanjut turut menemui dadah jenis ketamin di dalam premis tersebut.
"Empat lelaki termasuk seorang wanita didapati positif dadah jenis syabu manakala 17 yang lain mempunyai rekod jenayah lampau" katanya.
Berikutan itu, masing-masing telah di kompaun masing-masing RM1000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa PKPP mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Kes turut disiasat dibawah Seksyen 12 (3), Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis itu kerana menjalankan perniagaan inap desa tanpa lesen.
Dalam pada Soffian berkata, semua pemilik premis yang mahu menjadikan kediaman sebagai inap desa perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.
"Mereka juga harus memastikan bahawa premis mereka tidak digunakan untuk 'private party' sehingga tiada jarak fizikal seterusnya mengganggu ketenteraman jiran mereka," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang tidak mematuhi SOP sepanjang tempoh PKPB boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#pesta liar
#Syabu
#Dadah
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#jenayah
#wanita
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan