awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta

Bernama
Bernama
02/06/2024
22:20 MYT
423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas. - Foto Facebook/Polis Johor
JOHOR BAHRU: Sebanyak 423 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM15.6 juta direkodkan di Johor sepanjang bulan lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Beliau berkata kes penipuan merupakan penyumbang tertinggi iaitu 373 kes atau 88 peratus sekali gus merekodkan jumlah tertinggi daripada keseluruhan kerugian yang dilaporkan tahun ini.
"Kes penipuan tersebut melibatkan belian dalam talian iaitu 101 kes, pelaburan tidak wujud (65 kes), penyamaran dalam talian atau 'phone scam' (42 kes), pinjaman tidak wujud (45 kes) dan lain-lain kes penipuan (42 kes)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Kumar berkata pihaknya komited dalam menjalankan kempen kesedaran jenayah komersial secara bersemuka mahupun melalui media sosial secara berterusan.
Menurutnya orang ramai dinasihatkan lebih cakna dan mengambil tahu trend semasa jenayah komersial bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan, selain mendapatkan maklumat berkaitan modus operandi jenayah itu melalui akaun rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial @cybercrimealert dan @JSJK PDRM di Facebook, Instagram dan TikTok.
"Kita juga menyarankan agar masyarakat menggunakan talian CCID infoline dan perkhidmatan 'semak mule' sebelum membuat sesuatu pembayaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah komersial
#dalam talian
#kes penipuan
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan