awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

425,164 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 - Dr Adham Baba

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2021
04:07 MYT
425,164 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 - Dr Adham Baba
Seramai 425,164 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Seramai 425,164 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 653,531 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 1,078,695.
Menerusi satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 90,267 diikuti Sarawak (67,300), Kuala Lumpur (67,671), Johor (56,663) dan Sabah (59,842).
Jumlah pemberian dos vaksin COVID-19 & pendaftaran setakat 14 April 2021 Fasa 1 (Feb - April) 653,531 telah terima dos pertama. Daripada jumlah itu, 425,164 telah terima dos kedua. Pendaftaran: 8,760,857 Daftar di : 1. MySejahtera 2. https://t.co/jWUzMEwwWM 3. Tel 1800888828 pic.twitter.com/g2cHmLCrYZ
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) April 15, 2021
Sementara itu, lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor dengan 59,657 individu, diikuti Perak (47,098), Sabah (42,649), Kuala Lumpur (36,648) dan Pahang (32,852).
Sementara itu, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah seramai 8,780,857 atau 36.1 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 2,319,791 pendaftaran.
Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.
Fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini membabitkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 membabitkan individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#petugas kesihatan
#COVID-19
#warga emas
#menteri
#kesihatan
#Pahang
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan