awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

43 pelajar Indonesia duduki peperiksaan MUET di Lombok

Bernama
Bernama
07/08/2022
13:02 MYT
43 pelajar Indonesia duduki peperiksaan MUET di Lombok
Peperiksaan itu diadakan di Lombok, Nusa Tenggara Barat dari 3-6 Ogos oleh Education Malaysia Indonesia (EMI) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). - Gambar hiasan
JAKARTA: Seramai 43 pelajar Indonesia menduduki peperiksaaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) untuk mereka mendapatkan 'tiket' melanjutkan pengajian tinggi di Malaysia.
Peperiksaan itu diadakan di Lombok, Nusa Tenggara Barat dari 3-6 Ogos oleh Education Malaysia Indonesia (EMI) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Penasihat Pendidikan Kedutaan Malaysia di Jakarta, Mohd Mubarak Shamsuddin berkata ia kali kedua dilaksanakan di Lombok setelah kali pertama pada Julai 2019, dengan yuran dua juta rupiah atau RM600.
"Harapan EMI dan MPM agar MUET terus mendapat sambutan di sini dan dapat diteruskan dari semasa ke semasa ke wilayah lain mengikut permintaan," katanya.
MUET adalah serupa dengan peperiksaan International English Language Testing System (IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) untuk universiti di Malaysia dan juga kebanyakkan universiti di Singapura.
Mohd Mubarak berkata Malaysia terus menjadi pilihan pelajar seluruh dunia termasuk Indonesia untuk melanjutkan pengajian tinggi.
"Ini terbukti dengan keberadaan 170,000 mahasiswa asing di Malaysia dari lebih 160 buah negara seluruh dunia termasuk 11,000 dari Indonesia," kata Mohd Mubarak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MUET
#Majlis Peperiksaan Malaysia
#pelajar indonesia
#pengajian tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan