BANGI: Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.
Melalui peruntukan RM2.7 juta di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE 2.0) bagi Kluster Pengangkutan Udara, e-baucar itu ditawarkan oleh lima syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MASwings.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata penjualan tiket penerbangan dijangka meningkat dengan adanya tawaran e-baucar itu.
"Kita hendak lihat bagaimana pemberian e-baucar seperti ini dapat merangsang ekonomi tempatan, selain menjadi penanda aras untuk kita mengenal pasti ia satu daripada cara membantu rakyat. Kita bantu pemain industri dan rakyat supaya mereka dapat tambang lebih rendah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelan pemulihan itu di sini pada Jumaat.
Memperincikan e-baucar berkenaan, Nancy berkata Malaysia Airlines menawarkan baucar bernilai RM100 bagi 10,000 pengguna, Firefly dan Batik Air masing-masing baucar bernilai RM50 kepada 4,000 pengguna, manakala MASwings baucar RM25 kepada 4,000 pengguna dan kesemuanya terhad kepada satu kali penebusan sahaja.
AirAsia pula menyasarkan 23,879 pengguna dengan mereka boleh melakukan penebusan maksimum sebanyak tiga kali bagi tawaran e-baucar bernilai RM50 melibatkan penerbangan sehala atau dua hala, katanya.
PRE 2.0 merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) yang melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.
Sebelum ini di bawah PRE2.0, ia turut melibatkan pemberian baucar dan rebat di bawah Kluster Pengangkutan Darat, Kluster Persatuan Pelancongan dan Kluster Pelancongan Minat Khas.
Bagi pemberian rebat dan diskaun kluster lain pula, Nancy berkata setakat semalam, sebanyak 15,467 rakyat Malaysia telah mendapat manfaat melalui pembelian tiket pengangkutan darat dan 12,540 lagi menerusi pembelian pakej pelancongan domestik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA

Sukan Komanwel | Prestasi hebat Malaysia menjanjikan tujuh pingat emas
Pingat emas ketujuh yang berjaya dirangkul beregu utama wanita negara Pearly Tan - M.Thinaah selepas menewaskan pasukan tuan rumah dalam acara badminton beregu wanita Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang juga perlawanan penutup menjadi satu kenangan manis buat kontinjen negara. Prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh semua atlet tanah air bukan sahaja melepas sasaran pingat malah menjadi kebanggaan buat rakyat Malaysia. Ikuti laporan Fina Nasrom, wartawan Astro ARENA untuk rangkuman Sukan Komanwel 2022 edisi Birmingham yang menutup tirai pada jam 3 pagi Selasa.

Krisis Rusia-Ukraine | Ukraine didakwa bedil stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia
Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mendakwa Ukraine membedil stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia, stesen terbesar di Eropah semalam.

Letupan | Kanak-kanak 4 tahun maut di Thorton Heath
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut di selatan London pada Isnin selepas berlakunya letupan di dalam rumah, dipercayai akibat kebocoran gas. Menurut pihak berkuasa, sebuah rumah teres, yang terletak di Thornton Heath itu musnah susulan kejadian letupan yang turut merosakkan harta benda kediaman berhampiran.

Pembukaan Sempadan | Bantuan kemanusiaan kembali memasuki Gaza
Selepas ditutup minggu lalu, Israel kembali membuka pintu sempadan daratnya ke Gaza. Bagaimanapun, pembukaan sempadan tidak dibuat sepenuhnya dan hanya kepada pasukan misi bantuan kemanusiaan sahaja.

Kes Pergaduhan | 9 cedera dalam kejadian tembakan di Cincinnati
Sembilan orang cedera termasuk seorang wanita dalam kejadian tembakan di luar sebuah bar di Cincinnati pada Ahad.

Protes | Penduduk marah bekalan elektrik terputus
Protes tercetus di bandar Basra Iraq apabila bekalan elektrik terputus ketika negara itu turut berdepan cuaca panas melampau.

Akaun Telegram Saifuddin Abdullah pula digodam
Saifuddin berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.

Inflasi | Belum boleh eksport ayam ke luar negara
Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan mendengar pandangan peniaga dan pembekal ayam yang berharap agar sekatan eksport dapat dilonggarkan. Beliau berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, beberapa pihak mengatakan bahawa terdapat lebihan bekalan ayam bagi kegunaan domestik.

Jawatan TPM | Azmin hanya fokus pulihkan ekonomi, tangani COVID-19
Ahli Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengelak daripada menjawab dakwaan nama beliau dikaitkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dikemukakan kepada Perdana Menteri. Sebaliknya, Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, fokus beliau dan rakan-rakan dalam Bersatu hanya untuk memulihkan semula ekonomi dan menangani COVID-19.

Politik | Bersatu, PN komited perkukuh kerajaan sedia ada - Azmin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) komited untuk memperkukuhkan kerajaan sedia ada, demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

PRE2.0: E-baucar tempahan bilik penginapan manfaatkan lebih 33,000 Keluarga Malaysia
Rakyat Malaysia berpeluang mendapat e-baucar bernilai RM50 hingga RM100 menerusi tempahan bilik penginapan hotel secara dalam talian menerusi inisiatif Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE2.0).

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

PPZ-MAIWP seru tunaikan zakat, bantu asnaf
Kempen YEZ bertujuan memberikan hebahan kepada masyarakat Islam tentang perkhidmatan pembayaran zakat terkini dan menyeru orang ramai menyegerakan tanggungjawab berzakat.