awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara

Bernama
Bernama
23/03/2023
12:41 MYT
48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara
Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM3.196 bilion bagi KPWKM dalam Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa melalui undian suara majoriti. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 48,000 wanita berisiko tinggi dijangka menerima manfaat daripada subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks yang diberikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Timbalan Menterinya Aiman Athirah Sabu berkata sejumlah RM6 juta telah diperuntukkan bagi pemberian subsidi ujian mamogram dalam Belanjawan 2023, manakala RM5.5 juta diperuntukkan untuk subsidi saringan kanser serviks.
"Saya pasti peruntukan ini akan melegakan wanita terutamanya golongan berisiko dan saya percaya ia akan meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk membuat pengesanan awal kanser payudara dan serviks," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, beliau berkata KPWKM masih dalam proses memperincikan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.
Menurutnya sesi libat urus dan kerjasama rapat sedang diadakan dengan pihak berkepentingan bagi memperincikan serta memurnikan proses penubuhan JPKK tersebut.
"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah membuat beberapa persediaan dalam memperkasakan Bahagian Kanak-Kanak dengan menyediakan kerangka cadangan 'quick win' bagi penubuhan JPKK yang melibatkan pegawai perundangan, pegawai bahagian berkaitan KPWKM, JKM serta agensi berkaitan," katanya.
Aiman Athirah turut memaklumkan kementerian itu akan mengadakan semula program pemutihan taman asuhan kanak-kanak (taska) dan pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar di seluruh negara, selain menyediakan RM15 juta sebagai pinjaman mudah untuk membantu pengusaha.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM3.196 bilion bagi KPWKM dalam Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa melalui undian suara majoriti.
Persidangan dewan bersambung Isnin depan.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Belanjawan 2023
#KPWKM
#kanser serviks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan