awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

48 petugas kesihatan HSNZ dijangkiti COVID-19

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
30/01/2021
02:04 MYT
48 petugas kesihatan HSNZ dijangkiti COVID-19
Seramai 48 petugas kesihatan Hospital Sultanah Nur Zahirah, (HSNZ) dijangkiti COVID-19 sehingga Jumaat. -Gambar fail
KUALA TERENGGANU:Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan terdapat jangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Pengarahnya Dr Nor Azimi Yunus berkata sehingga Jumaat, seramai 48 petugas kesihatan dikesan dijangkiti COVID-19.
Katanya, kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan, manakala kontak rapat bagi kes berkenaan telah disaring serta diasingkan.
Jelas Dr Nor Azimi, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan.
COVID-19 | 48 petugas kesihatan di Terengganu dijangkiti
Katanya, pengurusan rawatan pesakit di HSNZ masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal.
Selain itu perkhidmatan rawatan rapi (ICU), dewan bedah dan perkhidmatan kecemasan masih berjalan.
Namun bagi mengurangkan gangguan pada perkhidmatan sedia ada, perkhidmatan untuk rawatan kes-kes ringan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ ditutup sementara bermula 29 Januari 2021.
Orang awam yang ingin mendapatkan rawatan bagi kes-kes ringan (green zone) masih boleh mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar HSNZ atau klinik-klinik kesihatan berhampiran.
Topic Berkaitan
#HSNZ
#Hospital Sultanah Nur Zahirah
#48 petugas kesihatan dijangkiti
#Nor Azimi Yunus
#unit rawatan rapi
#COVID-19
#ICU
#Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan