awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,815 ketua isi rumah di Wilayah Persekutuan miskin tegar setakat 14 Sept - Shahidan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/09/2021
11:14 MYT
4,815 ketua isi rumah di Wilayah Persekutuan miskin tegar setakat 14 Sept - Shahidan
Shahidan berkata kementerian sentiasa merangkumkan golongan miskin ini di dalam program-program sosio ekonomi dan kebajikan yang dilaksanakan - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah Ketua Isi Rumah di Wilayah Persekutuan yang berstatus miskin tegar menunjukkan peningkatan dalam tempoh setahun lalu.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, seramai 4,815 kumpulan berkenaan berada dalam kategori tersebut setakat 14 September 2021, berbanding 1,109 setakat 31 Oktober tahun lalu.
Sementara itu, jumlah ketua isi rumah yang berstatus miskin pula bagi tempoh sama adalah 5,617 (14 September 2021), dan 2,202 (31 Oktober 2020).
"Menyedari hakikat ini, kementerian sentiasa merangkumkan golongan miskin ini di dalam program-program sosio ekonomi dan kebajikan yang dilaksanakan.
"Sehubungan itu, kementerian ini telah melaksanakan beberapa inisiatif jaringan keselamatan sosial di bawah kerangka Wilayah Cakna, bermula dengan Inisiatif Wilayah Cakna 1.0 pada 25 Mac 2020 sehingga Inisiatif Wilayah Cakna 6.0 pada 27 Jun 2021 yang melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM234.6 juta," katanya ketika menggulung Usul Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Shahidan berkata sehingga 20 September, peratus populasi dewasa dan kanak-kanak yang berdaftar dengan MySejahtera yang telah mendapat dos kedua adalah sebanyak 86 peratus di Kuala Lumpur, 93 peratus (Putrajaya), manakala 88.2 peratus (Labuan).

*Jom kita pantau apa Ahli Parlimen buat pada 13 hingga 15 September; 20 hingga 23 September; 27 hingga 30 September; 4 hingga 7 Oktober; dan 10 hingga 11 Oktober di sini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#MySejahtera
#Shahidan Kassim
#miskin bandar
#miskin tegar
#Ketua Isi Rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan