awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

49 pelajar keracunan makanan, kantin SK (2) Taman Keramat diarah tutup

Bernama
Bernama
15/02/2019
04:42 MYT
49 pelajar keracunan makanan, kantin SK (2) Taman Keramat diarah tutup
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata sehingga kini, 22 kes telah menerima rawatan pesakit luar manakala 27 kes hanya mengalami gejala ringan dan tidak mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan. - fotoBERNAMA
Kantin Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat, di sini, diarahkan tutup apabila 49 pelajar sekolah terbabit mengalami gejala muntah, sakit perut dan cirit-birit selepas bersarapan di situ pada waktu rehat, semalam.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata sehingga kini, 22 kes telah menerima rawatan pesakit luar manakala 27 kes hanya mengalami gejala ringan dan tidak mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.
"Kesemua kes adalah stabil dan tiada kemasukan ke wad. Kejadian keracunan makanan ini adalah terkawal dan tiada kes baharu dilaporkan.
"Siasatan masih diteruskan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Gombak untuk mengenal pasti punca sebenar keracunan makanan tersebut. Sampel pengendali, makanan serta sampel persekitaran telah diambil untuk tujuan analisa makmal dan masih menunggu keputusan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menjelaskan kantin sekolah telah ditutup di bawah Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 dan satu notis di bawah Peratuan 32(1)(b), Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah dikeluarkan kepada pengendali makanan.
Beliau juga berkata pengendali makanan dinasihatkan untuk sentiasa memastikan pengendalian makanan mengikut tatacara keselamatan makanan, memastikan kebersihan diri serta premis makanan dan persekitarannya.
"Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan 'lihat, hidu dan rasa' sebelum makan dan memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan.
"Sentiasa amalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas menggunakan tandas serta sebelum dan selepas makan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keracunan makanan
#Khalid Ibrahim
#Pejabat Kesihatan Daerah Gombak
#pelajar
#Pengarah Kesihatan Negeri Selangor
#sekolah
#SK 2 Taman Keramat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan