493 ditahan ingkar SOP, ini antara tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Madiha Abdullah
Februari 21, 2021 11:06 MYT
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 493 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 484 dikompaun manakala sembilan lagi individu direman.
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Ahad (21 Februari 2021):
1) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dilaksanakan di asrama, kilang dan tapak binaan Central Medicare, Hilir Perak, bermula 22 Februari sehingga 7 Mac 2021.
2) PKPD di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan, Taiping, akan ditamatkan esok (Isnin, 22 Februari), seperti yang dijadualkan.
3) Dalam pada itu, seramai 13,998 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 52 didapati positif.
4) Secara kumulatif, seramai 426,923 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19.
5) Daripada jumlah ini, seramai 7,778 orang telah disahkan positif manakala 419,145 lagi adalah negatif.
BACA: Keluar rumah tanpa alasan munasabah, antara yang ditahan ingkar SOP
BACA: PKPD di kawasan Central Medicare, Hilir Perak, bermula esok
#ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #COVID-19 #Taiping #SOP