SHAH ALAM: Sebanyak 5,000 daripada 7,000 penjawat awam lantikan kontrak kerajaan Selangor telah diserap ke jawatan tetap setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin berkata jumlah itu menunjukkan kadar penyerapan ke jawatan tetap adalah tinggi bertepatan saranan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor (SPN).
"Kebanyakan diserap adalah individu berpengalaman daripada pelbagai jawatan antaranya Pegawai Tadbir Diplomatik yang sebahagian besarnya diserap oleh perjawatan peringkat persekutuan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Kerjaya Mega Selangor 2023 di sini hari ini.
Amirudin berkata, beliau turut dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah tidak melaksanakan praktis pekeliling Dasar Pelantikan Tetap Penjawat Awam Bertaraf Kontrak namun pekeliling tersebut tidak dibatalkan.
Katanya, pelantikan tetap menerusi pekeliling tersebut juga sudah tidak menjadi amalan di kebanyakan negeri.
"Saya ingat, mungkin ada salah faham bila kita batalkan pekeliling, ia jadi isu. Negeri lain tidak batal pekeliling dan tidak melaksanakan pun. Itu maklum balas awal, biar saya dapatkan (maklumat lanjut) daripada JPA," katanya.
Pada 13 Jun lepas, Amirudin berkata kerajaan negeri akan menyemak semula keputusan pembatalan dasar pelantikan tetap penjawat awam bertaraf kontrak yang telah berkhidmat lebih 15 tahun dan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Jumaat lepas untuk dibincangkan, dan keputusannya akan dimaklumkan oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri.
Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) dalam kenyataan turut meluahkan rasa kesal dengan keputusan kerajaan Selangor yang disifatkan sebagai drastik dan seakan-akan tidak menghargai sumbangan kakitangan kontrak dalam kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ditemui media ketika hadir ke Sesi Walkabout Program Selangor Mega Job Fair 2023 di Pusat Konvensyen MBSA Seksyen 14 Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Perlis beri Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
Hanya 0.13 peratus tidak tandatangan SSPA - KPPA
Wan Ahmad Dahlan berkata jumlah itu sangat kecil kerana ia hanya melibatkan 1,400 penjawat awam yang tidak memilih SSPA.
Banjir: Lebih 1,000 sukarelawan digerakkan ke tiga negeri - KSN
Lebih 1,000 sukarelawan terdiri penjawat dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Penjawat awam perlu beri perkhidmatan terbaik tanpa mengira status - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira status individu berkenaan dalam masyarakat.
Banjir 2024: PM zahir penghargaan kepada 80,000 polis, penjawat awam bantu mangsa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan tersebut tidak pernah mengeluh letih atau penat walaupun membanting tulang siang dan malam untuk membantu mereka yang terjejas.
KPDN laksana Ops Kesan 3.0 bermula hari ini sejajar pelaksanaan SSPA
KPDN) melaksanakan Ops Kesan 3.0 bermula hari ini, sejajar dengan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
KWAP kenal pasti tanah berpotensi bina rumah pesara
KWAP sedang mengenal pasti tanah berpotensi dijadikan Pembangunan Tanah Wakaf, bagi membina rumah persaraan mandiri golongan pesara awam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.