KUALA LUMPUR: Sejumlah 5,947 individu, kebanyakannya warganegara Malaysia, telah mengemukakan permohonan melalui portal Home Quarantine Application (HQA) sejak dilancarkan 20 Sept lalu untuk menjalani kuarantin di tempat kediaman.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sejak seminggu dilancarkan, portal HQA telah menerima sebanyak 4,883 permohonan lengkap dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1,741 permohonan telah diproses.
"Sebanyak 1,612 telah diberi kelulusan untuk menjalani kuarantin di rumah atau tempat kediaman," katanya dalam kenyataan berkaitan perkembangan COVID-19 hari ini.
Memperinci lanjut, Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah permohonan tersebut, 3,921 melibatkan pemohon warganegara Malaysia diikuti oleh 1,910 individu bukan warganegara dan pemastautin tetap Malaysia iaitu sebanyak 116 orang.
Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini melancarkan portal sebagai salah satu persiapan menghadapi pertambahan kemasukan pengembara dari luar negara atas pelbagai tujuan.
Portal khas ini diwujudkan bagi memudahkan urusan permohonan kuarantin di rumah atau tempat kediaman kepada pengembara dari luar negara yang tiba di Malaysia melalui pelbagai pintu masuk antarabangsa.
Menerusi portal HQA ini, pemohon perlu mengemukakan permohonan di antara tujuh hingga 10 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata sistem permohonan dalam talian ini masih dalam proses peralihan dan dijangka akan digunakan sepenuhnya mulai bulan depan.
Katanya KKM menyasarkan lebih banyak permohonan akan dapat diselesaikan dalam tempoh kurang dari tiga hari selepas ini sambil menambah ia akan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu beliau menasihatkan semua pemohon yang telah diberikan kemudahan tersebut agar mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah sepenuhnya.
"Ia penting agar dapat mengurangkan risiko daripada menyebarkan penyakit COVID-19 kepada keluarga dan komuniti dan mengelak penularan varian baharu terutamanya Variant of Concern (VOC) atau Variant of Interest (VOI) ke dalam negara," katanya.
Keterangan lanjut mengenai portal HQA boleh didapati di laman sesawang https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 28 2021
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sejak seminggu dilancarkan, portal HQA telah menerima sebanyak 4,883 permohonan lengkap dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1,741 permohonan telah diproses. - Gambar fail
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.