awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 Jun tarikh lihat anak bulan Ramadan

Bernama
Bernama
27/05/2016
09:56 MYT
5 Jun tarikh lihat anak bulan Ramadan
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen. - Gambar fail
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia ialah pada 5 Jun (Ahad), bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.
Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 5 Jun di 29 lokasi merangkumi:
1. Pontian Kecil, Johor 2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka 3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan 4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor 5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor 6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor 7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak 8. Pusat Falak Sheikh, Kuala Muda, Kedah 9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah 10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah 11. Menara Alor Setar, Kedah 12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu 13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu 14 Pulau Perhentian, Besut, Terengganu 15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu 16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan 17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan 18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan 19. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak 20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak 21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak 22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah 23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang 24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang 25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang 26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan. 27. Menara Kuala Lumpur 28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
Topic Berkaitan
#anak bulan
#Majlis Raja-Raja
#Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
#puasa
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan