5 topik untuk sembang hari ini

Astro Awani
Disember 31, 2019 22:29 MYT
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:
1. Larangan merokok
Berkuatkuasa hari ini, individu yang merokok di kawasan larangan termasuk semua premis makanan, akan dikenakan kompaun RM250.
2. TMM 2020
Sambutan tahun baharu membuka tirai Tahun Melawat Malaysia 2020 yang meletakkan sasaran untuk menarik kehadiran 30 juta pelancong antarabangsa ke dalam negara.
3. Calon PRK Kimanis
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dijangka mengumumkan hari ini nama calon bagi pilihan raya kecil Kimanis yang dijadual berlangsung 18 Januari ini.
4. Pekerja tapak binaan kepala ditimpa simen
Pekerja warga Bangladesh yang kepalanya ditimpa sisa buangan bancuhan simen di tapak pembinaan di Seri Iskandar, meninggal dunia semalam.
5. Neelofa akhiri tugas
Neelofa mengakhiri tugasnya malam tadi sebagai pengacara di program hiburan Astro, MeleTOP selepas lapan tahun.
#5 topik untuk sembang hari ini #hiburan #larangan merokok #Neelofa #pilihan raya kecil