Malam ini merupakan kali terakhir pengacara dan usahawan popular, Neelofa mengacarakan program hiburan terbitan Astro, MeleTOP selepas mengemudi rancangan itu bersama duetnya, Nabil Ahmad.
MeleTOP yang akan disiarkan tepat pukul 9 malam ini di saluran Ria dan Ria HD serta Astro Go merupakan siaran langsung terakhir program hiburan berbahasa Melayu dalam dekad ini.
Melepaskan MeleTOP yang banyak mengiringi perjalanan karier seninya, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor mengakui, keputusan itu sesuatu yang berat untuk dibuat pada awalnya.
“Saya tak percaya sudah sampai ke episod yang terakhir. MeleTOP banyak menyumbang kepada kejayaan saya.
“Dari segi bisnes, perjalanan dalam karier seni, filem dan juga pengacaraan. Banyak award (anugerah) yang saya dapat sebab MeleTOP,” katanya.
Selebriti kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu gagal menyeka air matanya sewaktu mengumumkan pengundurannya awal bulan ini yang sememangnya sudah sinonim dengan dirinya.
Neelofa yang juga bekas juara Dewi Remaja 2009/2010 itu mula mengendalikan program MeleTOP pada 30 Oktober 2012.
Gandingan Neelofa bersama Nabil mewujudkan keserasian antara mereka dan disifatkan saling melengkapi dengan kekuatan masing-masing.
“Saya tidak mampu untuk gambarkan perasaan saya. Melepaskan sesuatu yang sangat berharga untuk saya.
“Saya sayang MeleTOP, saya sayang Nabil dan saya sayang peminat-peminat saya. Terima kasih untuk segalanya,” katanya.
Turut bersama pada malam ini adalah keluarga dan rakan-rakan termasuk rakan selebriti seperti Zizan Razak, Syahmi Sazli, Asif dan Yoe.
Sahlizah Mohamed
Tue Dec 31 2019

Malam ini merupakan kali terakhir Neelofa mengacarakan MeleTOP selepas bersama dengan rancangan itu selama lapan tahun.

Dua beradik antara tiga maut kemalangan di Jalan Kuching
Kemalangan berlaku apabila kereta Satria Neo dari arah Kepong menghala ke Bulatan Segambut hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di tengah jalan.

Pencemaran Sungai: Ribuan bangkai ikan ditemui terapung di Sungai Ketil
Kejadian kematian ikan sekali lagi berlaku secara misteri dipercayai disebabkan aktiviti pencemaran di kawasan hulu sungai.

Imuniti Kelompok | Mampu lindungi kumpulan berisiko
Imuniti kelompok juga boleh dicapai apabila 50 hingga 60 peratus populasi divaksinasi. Namun, ia bergantung kepada pola jangkitan semasa.

Vaksin Johnson & Johnson dibenarkan di AS
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika membenarkan pengunaan vaksin Johnson & Johnson pada Sabtu.

Kes Bunuh Khashoggi | Presiden AS umum pendirian Isnin ini
Presiden Joe Biden akan buat pengumuman berhubung dasar luar negara itu dengan Arab Saudi Isnin ini. Ini susulan pendedahan laporan risikannya yang mengaitkan Putera Mahkota negara itu dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi.

COVID-19: Dewan Perwakilan AS lulus pakej bantuan AS$19 trilion
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan pakej bantuan pandemik COVID-19 bernilai 1.9 trilion dolar amerika bagi membantu rakyat negara itu. Undian diluluskan dengan 219 menyokong sementara 212 menentang.

Rampasan Kuasa: Duta Myanmar ke PBB dipecat
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dipecat susulan kenyataan terbukanya mengecam junta tentera. Dalam ucapan penuh emosi, Kyaw Moe Tun berkata tiada pihak yang harus bekerjasama dengan kerajaan junta sehingga kuasa dikembalikan kepada pemerintah yang dipilih secara demokratik.

COVID-19: Sekatan bersiar-siar di pantai dikuat kuasa
Penduduk di Nice, Perancis tidak dibenarkan bersiar-siar di tepi pantai sepanjang hujung minggu. Ia selepas kerajaan melaksanakan sekatan sementara di beberapa kawasan dalam usaha membendung penularan COVID-19.

AWANI Ringkas: AS lulus pakej rangsangan COVID-19 | Duta Myanmar ke PBB dipecat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Menteri Luar mulakan lawatan rasmi ke Brunei hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rundingan kerusi PRU: UMNO bincang dengan Pas sahaja, tak campur PN - Saarani
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata perbincangan tersebut akan diadakan tanpa melibatkan Perikatan Nasional (PN).

Tindakan Khairy tidak ambil vaksin Pfizer 'is a good move', patut dipuji - Pakar
Pengumuman Khairy Jamaluddin untuk tidak mengambil vaksin Pfizer namun menunggu vaksin yang seterusnya disifatkan sebagai langkah strategik kerajaan.

Kompaun RM10,000 ibarat penderaan kepada rakyat - Exco Pemuda UMNO
Dalam keadaan sukar ditambah pula pendapatan rakyat banyak terjejas, adalah tidak adil kerajaan mengenakan hukuman keras terhadap mereka.

Aspirasi Astro bersama anak seni #StopPiracyLah #NoToLanun
Astro bekerjasama dengan pihak berkuasa dan rakan kandungan untuk menghantar mesej bahawa cetak rompak kandungan ialah suatu perbuatan yang salah.

RM3 bilion hasil kecurian cetak rompak, hukuman setimpal tidak boleh dilengahkan
Kerajaan perlu mengkaji semula undang-undang sedia ada dalam mencegah kegiatan cetak rompak atau kecurian kandungan digital di negara ini.

SPV untuk pastikan pelaksanaan 5G lebih pantas - Saifuddin
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengedaran spektrum teknologi generasi kelima (5G) menerusi Syarikat Bertujuan Khas (SPV) untuk memastikan proses tersebut berjalan dengan pantas.

Ang Chin Tat dilantik Naib Pengerusi PN Selangor
Pelantikan itu juga merupakan penglibatan sulung Gerakan di peringkat negeri selepas menjadi anggota PN di peringkat nasional pada 11 Februari lepas.

Astro hasil dokumentari eksklusif dengan KLUFC
Astro dan Kuala Lumpur United FC (KLUFC) mengumumkan akan menyiarkan satu dokumentari baharu kisah di belakang tabir pasukan itu pada musim Liga Super Malaysia akan datang.

"Ia merupakan 'wake-up call' buat semua" - Rico Rinaldi kongsi survival industri fesyen di kala pandemik
Semua sektor terkesan termasuk Industri fesyen tanah air.

COVID-19: 'Tidak perlu wajibkan vaksinasi, beri ruang rakyat faham dan pilih' - Lam Thye
Penjelasan mengenai kebaikan vaksin perlu diperhebat terlebih dahulu agar rakyat memahami tanggungjawab mereka dalam memerangi COVID-19.