UMNO Sabah pada Jumaat mengesahkan akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang bakal diadakan nanti.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa nama dan akan diumumkan sebelum penamaan calon PRK berkenaan.
"Mesyuarat hari ini telah memutuskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon dalam PRK Kimanis dan kita telah mengenal pasti dua atau tiga calon dan kita akan mulakan gerak kerja kita untuk menghadapi PRK berkenaan," katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat UMNO Sabah di sini malam tadi.
Turut hadir pada mesyuarat berkenaan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Mengulas mengenai ura-ura yang mengatakan bahawa bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, ingin bertanding mempertahankan kerusi parlimennya dalam PRK berkenaan atas tiket BN, Bung Moktar berkata UMNO Sabah terbuka mengenai perkara berkenaan.
"Spekulasi seperti itu memang ada...namun kalau dia (Anifah) benar-benar ingin menyertai UMNO kita boleh bincangkan kerana UMNO sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana pemimpin UMNO yang telah meninggalkan parti, tetapi kita perlu buat perbincangan secara terperinci.
"Kita tidak boleh menerima begitu sahaja kerana UMNO ini mempunyai sistem dan perlu dihormati semua pihak," katanya.
Mengenai kerjasama dengan parti pembangkang di Sabah untuk menghadapi PRK Kimanis, beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan dengan parti pembangkang lain seperti Parti Bersatu Sabah (PBS).
"Kita akan cuba berbincang dengan mereka kerana kita tidak mahu kita sesama pembangkang bertembung dalam PRK berkenaan...memandangkan ini adalah kerusi UMNO, maka bagilah laluan dengan UMNO," katanya.
Ketika ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu perakuan daripada Mahkamah Persekutuan bagi mengambil tindakan selanjutnya untuk mengadakan PRK di kawasan Parlimen Kimanis yang kini kosong susulan keputusan mahkamah membatalkan kemenangan Anifah selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.
Calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Bujang memfailkan petisyen pada 18 Jun 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas tiket BN.
Pada PRU-14, Anifah yang merupakan bekas Menteri Luar memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 13 2019

BUNG MOKTAR: Kita akan berbincang kerana kita tidak mahu sesama pembangkang bertembung dalam PRK berkenaan. - Gambar fail

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

PERMAI | Tidak boleh hanya beri insentif kewangan
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.

Dakwaan wanita dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM sedang disiasat
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

PKP | Kerajaan pertimbang lanjut operasi perniagaan
Kerajaan akan membincangkan aduan orang ramai yang mahukan operasi kedai dan restoran dilanjutkan daripada jam 6.00 pagi ke jam 10.00 malam.

PKPD | Penamatan PKPD di Amber Court, PPA Muar
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court, di Bentong, Pahang dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Muar, Johor.

PRK Batu Sapi: SOP, garis panduan baharu diperlukan - Masidi
Kerusi Parlimen Batu Sapi diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 2 Oktober lalu akibat jangkitan paru-paru.

PRN Sabah: "Kekalahan PCS perlu dijadikan iktibar" - Anifah Aman
"Anak-anak Sabah telah bersuara dan suara itu kami terima dengan rasa rendah hati dan kami hormati." - Anifah Aman

PRN Sabah: Anifah guna Facebook untuk kempen saat akhir
Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman tampil dengan usaha terakhir untuk berkempen menerusi status yang dimuat naik di Facebook beliau.

PRN Sabah: Cukupkah 'peluru' sepanjang 14 hari, raih sokongan pengundi?
Aku janji, manifesto, visi dan misi yang dilaungkan sepanjang 14 hari 'berperang' itu perlu digenggam penuh sekali gus dipastikan akan ditunaikan sekiranya mana-mana calon dipilih menjadi wakil rakyat

PRN Sabah: Calon LDP Bongawan tawar peluang pekerjaan kepada belia
kebanyakan belia di kawasan tersebut menzahirkan keluhan kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri berikutan harga yang mahal.

Anifah kecewa Mohamaddin dakwa pencerobohan Lahad Datu 'sandiwara'
Presiden Parti Cinta Sabah Datuk Seri Anifah Aman kecewa dengan kenyataan seorang pemimpin Parti Warisan yang mendakwa tragedi pencerobohan Lahad Datu sandiwara.

PCS tidak tawar calon 'katak', nantikan kejutan kami - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah (PCS) ketengahkan ideologi memperjuangkan hak rakyat Sabah dengan bermodalkan 90 peratus calon berusia lingkungan 40 tahun.

Bawalah ke mahkamah, kita ada bukti, kata Shafie
Menurut Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah WARISAN, beliau bersedia jika perkara itu dibawa ke mahkamah oleh Anifah

PRN Sabah: Anifah Aman hadapi pertandingan empat penjuru di Bongawan
Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman berdepan pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

PRN Sabah: PCS bertanding 73 kerusi, tidak bekerjasama dengan parti lain
PCS adalah parti tempatan yang tidak bergabung dengan mana-mana parti lain dan mampu memenangi hati pengundi.