5 topik untuk sembang hari ini

Astro Awani
Januari 6, 2020 23:34 MYT
Sebelum memulakan hari anda, ikuti lima berita penting perlu anda tahu.
SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:
1. Insiden 'nakal' hiasi PRK Kimanis
Calon Parti Warisan Sabah yang mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil Kimanis, Datuk Karim Bujang, dilihat dalam satu rakaman video tular, dimarahi oleh seorang penduduk.
Pada masa sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan Barisan Nasional terlibat dalam kejadian itu.
2. Polis tidak mahu dibebankan dengan kes remeh
Ketua Polis Negara mengingatkan ahli dan pemimpin politik supaya menggunakan kebijaksanaan dan bersabar serta berhemah.
Kata Tan Sri Abdul Hamid Bador, mereka perlu mengelak dari mencetuskan isu politik membabitkan sensitiviti kaum dan agama yang boleh membebankan pihak polis.
3. Banjir Jakarta
Angka kematian akibat banjir di Jakarta, Indonesia, meningkat kepada 66 orang setakat Isnin, sementara dua lagi mangsa dilaporkan masih hilang.
4. China nafi SARS kembali melanda
Beberapa pintu masuk negara Asia yang menerima kunjungan dari China mula mengetatkan pemeriksaan terhadap pelawat dari Wuhan, ekoran penularan wabak radang paru-paru dan pernafasan misteri di sana.
5. Perkembangan berita sukan
Piala FA: Arsenal 1-0 Leeds United
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Manchester United dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain Leicester City, James Madisson.
Baca juga 10 Berita Pilihan sepanjang Isnin di sini.
#5 topik untuk sembang hari ini #ahli politik #banjir #China #Jakarta #James Madisson #Piala FA #polis #PRK Kimanis #SARS