KUALA LUMPUR: Sebanyak 50,000 kampit Benih Padi Sah (BPS) akan diluluskan esok dengan 31,000 diagihkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan 19,000 lagi disalurkan ke Perlis dan luar jelapang negeri Kedah.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perkara itu antara langkah drastik jangka pendek dilaksanakan kementeriaan bagi memastikan bekalan BPS mencukupi dan harganya terkawal.
Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebelum ini telah meluluskan 532,325 kampit BPS bagi kegunaan di Kedah dan Perlis dengan rekod pengeluaran 89,723 kampit benih pada 18 Okt lepas, 151,200 kampit benih (26 Okt), 79,142 kampit benih (3 Nov) dan 112,260 kampit benih (10 Nov).
"Selain itu, kementerian turut memantau dan mengawal ketat proses kelulusan ladang dan makmal terhadap 12 pengeluar BPS berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan jabatan dan agensi sebelum BPS dijual kepada pesawah," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) mengenai langkah segera KPKM bagi menangani isu penjualan benih padi sah yang begitu menekan pesawah serta menjejaskan hasil pengeluaran padi dan kadar sara diri (SSR) beras negara.
Menurutnya, keperluan BPS semasa ialah 72,000 tan metrik atau 3.6 juta kampit setahun dengan para pesawah menikmati insentif RM1.03 bagi setiap kilogram BPS dibeli daripada pengeluar yang dilantik kerajaan.
Pada masa sama, Mohamad berkata bagi langkah jangka panjang, kerajaan akan melaksanakan kajian bagi menangani harga belian padi dan benih padi untuk memastikan semua pihak termasuk peruncit dan pengguna berada dalam situasi menang-menang.
Bagi tujuan itu, beliau berkata KPKM akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam masa terdekat bagi menentukan aspek penyelarasan harga.
Pada sesi soal jawab pula, Mohamad berkata kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menaikkan harga siling beras putih tempatan dalam usaha menangani isu bekalan beras dalam negara.
"Memang harga (beras putih tempatan) RM26 ini ialah harga pada 2008. Jika mahu berlaku kenaikan (harga siling), maka kita kena bincang dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, KPDN.
"Perbincangan intensif ini yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan melibatkan pandangan daripada Ahli-Ahli Parlimen yang terlibat dalam kawasan penanaman padi," katanya menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) berhubung kesediaan kerajaan untuk menaikkan harga siling beras putih tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
Mohamad Sabu ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Kenaikan gaji: Fahami konteks, berlaku adil buat perbandingan - Fahmi
Isu timbul selepas ada pihak mendakwa kenaikan paling tinggi adalah sebanyak 35 peratus pada era pentadbiran perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Agihan benih padi MADA bagi penanaman musim dua dijangka selesai November
Setakat 27 Okt lepas, sebanyak 130,388 beg BPS dipesan oleh pesawah melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
Kementerian pantau kerosakan tanaman, ternakan terjejas banjir - Kiandee
Kiandee berkata penilaian yang melibatkan semua jenis tanaman dan ternakan itu hanya boleh dibuat sekurang-kurangnya 45 hari selepas banjir surut.