awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50,000 tiket bas balik raya sudah terjual - E-Mutiara

Bernama
Bernama
06/04/2023
21:30 MYT
50,000 tiket bas balik raya sudah terjual - E-Mutiara
Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) sudah menjual 50,000 tiket bas ekspres bagi perjalanan ke Kelantan dari seluruh negara bermula 14 April hingga malam Aidilfitri. - Foto fail/FB E-Mutiara
KOTA BHARU: Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) sudah menjual 50,000 tiket bas ekspres bagi perjalanan ke Kelantan dari seluruh negara bermula 14 April hingga malam Aidilfitri, kata Pengerusi Eksekutifnya Che Ibrahim Che Ismail.
Beliau berkata sejak jualan dibuka, pihak berjaya menjual 5,000 tiket sehari.
"Perkhidmatan bas akan beroperasi antara 70 hingga 80 trip sehari ke seluruh negara bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
"Setakat ini, kita mempunyai 20 bas ekspres bagi perjalanan ke seluruh negara dengan trip terbanyak ialah laluan Kuala Lumpur-Kota Bharu," katanya.
Beliau berkata pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada 300 asnaf dari Kampung Panchor, Tebing Tinggi serta anak-anak yatim dari Darul Aitam dan Yayasan Anak-Anak Yatim Taman Sabariah di pejabat E-Mutiara, di sini pada Khamis.
Che Ibrahim berkata E-Mutiara juga telah menempah 20 bas dua tingkat sepanjang 13.5 meter yang setiap satu bernilai RM1.5 juta.
"Sekiranya syarikat berjaya menerima dua daripada 20 bas yang ditempah itu, E-Mutiara yakin dapat menambah perjalanan hingga 100 trip sehari," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiket bas
#balik raya
#habis terjual
#Konsortium E-Mutiara Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan