awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 penerbangan British Airways batal akibat masalah IT

Bernama
Bernama
26/05/2023
07:19 MYT
50 penerbangan British Airways batal akibat masalah IT
Terdapat lebih 50 penerbangan yang berlepas dari Heathrow dibatalkan dan syarikat penerbangan itu meminta penumpang menyemak status penerbangan mereka sebelum pergi ke lapangan terbang. -Gambar fail/Reuters
LONDON: British Airways (BA) mengemukakan permohonan maaf berikutan pembatalan penerbangan ke Eropah dan domestik pada Jumaat ekoran masalah teknologi maklumat (IT), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Terdapat lebih 50 penerbangan yang berlepas dari Heathrow dibatalkan dan syarikat penerbangan itu meminta penumpang menyemak status penerbangan mereka sebelum pergi ke lapangan terbang.
Selain itu, terdapat lebih 20 penerbangan yang dijadual mendarat di Heathrow turut dibatalkan atau ditangguhkan.
"Kami menyedari isu teknikal yang telah timbul dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya.
"Disebabkan jumlah panggilan yang tinggi, sila hubungi kami jika anda akan melakukan perjalanan dalam masa 48 jam akan datang," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BA kira-kira 10 malam pada Jumaat.
Kelewatan dan pembatalan dijangka berterusan sehingga hari Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#British Airways
#Heathrow
#penerbangan batal
#penerbangan ke Eropah dan domestik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan