awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

500 NGO Islam adakan program jelajah jelas RUU Persendirian

Bernama
Bernama
24/06/2016
13:44 MYT
500 NGO Islam adakan program jelajah jelas RUU Persendirian
AMINUDDIN: Langkah segera perlu diambil bagi membetulkan tanggapan salah mengenai pindaan RUU. - Foto: Facebook Ikatan Muslimin Malaysia
Kira-kira 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam akan mengadakan program jelajah di seluruh negara bagi menjelaskan usul mengenai Rang Undang-undang Persendirian berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016.
Pengerusi Sekretariat UMMAT Aminuddin Yahya berkata pihaknya kini dalam proses mengenal pasti tempat dan golongan sasaran sebelum memulakan jelajah berkenaan.
"Langkah segera perlu diambil bagi membetulkan tanggapan salah mengenai pindaan RUU yang dicadangkan ini di mata orang awam.
"Kita yakin pindaan RUU ini dapat membendung gejala sosial yang berlaku dalam kalangan orang Islam," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perhimpunan aman bersama beberapa wakil NGO terlibat di Masjid Negara, di sini, hari ini.
Katanya gabungan NGO itu turut merancang menghantar memorandum sokongan terhadap pindaan akta berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat.
Antara NGO yang menyertai gabungan UMMAT ialah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Pada 26 Mei lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga anggota Parlimen kawasan Marang mengemukakan usul RUU berkenaan di Dewan Rakyat.
Topic Berkaitan
#Aminuddin Yahya
#mahkamah syariah
#pindaan
#RUU Persendirian
#UMMAT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan