500 buah unit rumah akan dibina di Kuala Besut jika Barisan Nasional (BN) menang pada pilihanraya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Demikian menurut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sebagai janji kepada penduduk Kuala Besut jika memberikan kemenangan besar kepada calon BN.

Projek itu bakal menjadi kesinambungan kepada projek 72 unit pangsapuri rumah mampu milik di Kampung Tok Saboh Kuala Besut yang bernilai 10 juta ringgit.

“Kita buat bukan praya ini sudah rancang maknanya di Kota Bahru rumah siap 550 unit yang sedang dalam binaan 200 unit di Pulau Perhentian 32 bina untuk mangsa ombak kita berjanji menang selesa akan tambah lagi 500 maknanya lebih 1000 rumah di Kuala Besut ini,” Ahmad.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri Terengganu di Kuala Besut.

Isu perumahan menjadi antara permasalahan membelenggu penduduk di Kuala Besut.

Kebanyakan yang tidak mempunyai tanah persendirian, menyebabkan mereka terpaksa menyewa.

“Kuala Besut ini masalah rumah kebanyakan penduduk kawasan Kuala Besut merupakan sewa sahaja dia tidak mempunyai tanah asas sendiri dari turun temurun sewa tanah jadi bersesuaian kerjaaan bina rumah baru seperti pangsapuri kebetulan dapat selesai masalah sekitar Kuala Besut.”

Dalam pada itu, Ahmad Said mengakui kekurangan tanah kerajaan antara punca timbul isu perumahan.

Dasar kerajaan negeri Terengganu adalah semua rakyat negeri itu berhak mendapatkan satu lot tanah untuk tapak rumah atau pertanian.

Namun tidak ramai yang mampu memperoleh tanah milik persendirian.