awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

510 mangsa terjejas banjir di dua daerah di Johor

Bernama
Bernama
23/10/2019
02:41 MYT
510 mangsa terjejas banjir di dua daerah di Johor
Banjir turut berlaku di daerah Muar dan Batu Pahat, namun tiada PPS dibuka setakat ini. - Astro AWANI
Seramai 510 mangsa melibatkan 111 keluarga terjejas ekoran banjir di dua daerah di negeri ini setakat pukul 8 pagi ini berbanding 195 mangsa daripada 47 keluarga yang direkodkan pukul 9 malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon berkata kesemua mangsa banjir di daerah Pontian dan Johor Bahru itu ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS).
"Sebanyak 111 keluarga yang terjejas itu adalah dari empat kampung di Pontian iaitu Kampung Parit Basilam, Kampung Maju Jaya, Kampung Melayu Batu 30 Bukit Panjang, Kampung Seri Bunian dan satu di Johor Bahru iaitu Kampung Ulu Pulai," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Daripada enam PPS itu, dua PPS di daerah Pontian iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Adnan dan Balairaya Kampung Seri Bunian baru sahaja dibuka pagi ini.
PPS lain yang sedang beroperasi ialah Madrasah Parit Basilam, SK Seri Bukit Panjang, Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai dan satu di daerah Johor Bahru iaitu SK Kampung Pulai, Gelang Patah.
Semalam, Tan dilaporkan berkata banjir turut berlaku di daerah Muar dan Batu Pahat, namun tiada PPS dibuka setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Batu Pahat
#Johor Bahru
#mangsa
#mati lemas
#Muar
#Pontian
#pusat pemindahan
#sekolah
#Tan Chen Choon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan