awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

52 peratus akaun pengguna terjejas telah terima bekalan air sepenuhnya

Bernama
Bernama
17/04/2020
15:52 MYT
52 peratus akaun pengguna terjejas telah terima bekalan air sepenuhnya
Sebanyak 52 peratus akaun pengguna yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, yang berlaku di tujuh wilayah telah menerima bekalan air sepenuhnya. -Gambar hiasan
Sebanyak 52 peratus akaun pengguna yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, yang berlaku di tujuh wilayah berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor, telah menerima bekalan air sepenuhnya.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan berdasarkan pemantauan sehingga 6.00 petang tadi, 834 kawasan telah mula mendapat bekalan air manakala 458 kawasan lagi masih dalam proses pemulihan.
"Akaun pengguna yang telah mendapat bekalan air sepenuhnya itu meliputi Hulu Selangor dengan pemulihan akaun 100 peratus; Kuala Selangor (99.3 peratus); Kuala Lumpur (95.8 peratus); Gombak (77.6 peratus); Petaling (46.9 peratus); Klang/Shah Alam (29.2 peratus) dan Kuala Langat (lima peratus)," menurut kenyataan itu.
Air Selangor juga menjangkakan jumlah pemulihan akaun akan mencapai 65 peratus pada 12.00 tengah malam ini dan dijangka mencapai 100 peratus tengah malam esok.
Sementara bekalan air pulih sepenuhnya, bantuan air kecemasan melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terjejas sedang giat dilaksanakan oleh petugas Air Selangor.
Status terkini juga boleh didapati menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Sungai Selangor
#tidak berjadual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan