ALOR SETAR: Sebanyak 15 sekolah di Kedah terpaksa ditutup sejak 18 Jan lepas berikutan 525 pelajar dan 25 guru di sekolah berkenaan dikesan positif COVID-19 ekoran penularan wabak itu yang membabitkan kluster pendidikan.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Datuk Najmi Ahmad berkata 13 sekolah yang ditutup itu adalah sekolah asrama harian manakala dua lagi sekolah biasa.
Katanya, susulan situasi itu kerajaan negeri telah meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah untuk terus memantau dan meningkatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19 di institusi pendidikan.
"Kita minta jabatan pendidikan negeri sentiasa memantau dan meningkatkan pengawasan di sekolah-sekolah dan meminta ibu bapa ambil perhatian dan bekerjasama bagi mengawasi penularan wabak itu.
Bagaimanapun, keadaan masih terkawal dan pelajar yang terlibat telah ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) termasuk di Dewan Wawasan, Jitra untuk rawatan dan tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pelancaran Program Impak Intervensi Meningkatkan Pencapaian Aspirasi Kecemerlangan (IMPAK) SPM 2021 yang disempurnakan oleh Tunku Temenggong Kedah yang juga penaung program itu Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sebelum ini memaklumkan sebanyak 10 kluster pendidikan dikesan membabitkan sekolah di beberapa daerah antaranya Pendang, Kulim, Kubang Pasu, Yan dan Kuala Muda.
Kesemua sekolah yang terlibat ditutup selama seminggu dan tempoh penutupan bergantung kepada hasil penilaian risiko di lokasi berkenaan.
Sementara itu, Najmi berkata masih terdapat seramai 162 daripada 30,400 orang guru sekolah rendah dan menengah di negeri itu masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 sehingga hari ini.
Katanya guru berkenaan tidak dibenarkan bersemuka secara terus dengan pelajar dan mereka ditempatkan berasingan sebagai langkah menjamin keselamatan dan kesihatan murid serta guru lain.
"Ada memberi alasan kesihatan dan alasan mengikut pemikiran sendiri, buat masa ini kita bimbing dan pujuk mereka mempertimbangkan semula, sebab ianya menimbulkan banyak perkara lain apabila sekolah terpaksa sediakan tempat pengasingan dan membantutkan pembelajaran pelajar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022

Sebanyak 13 sekolah yang ditutup itu adalah sekolah asrama harian manakala dua lagi sekolah biasa. - Gambar hiasan/ Bernama

Pelabur asing kembali jual RM56.9 juta ekuiti minggu lalu
Laporan menunjukkan, pelabur runcit kekal menjadi pembeli bersih bagi minggu kelima berturut-turut sebanyak RM234.8 juta.

Pelancongan | Penerbangan terus ke Sandakan sedang diusahakan
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sedang berusaha merealisasikan penerbangan terus masuk ke Sandakan dari beberapa negara luar termasuk Singapura. Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya mengambil maklum permohonan beberapa pihak mengenai perkara itu.

Kontraktor mengaku tidak bersalah tikam isteri dengan pisau
Tertuduh, Mohd Ghazali Nor Hisham, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Kemalangan maut 5 pelajar USAS: Pemandu treler didakwa hari ini
Lelaki berusia 28 tahun itu akan disabitkan atas lima pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Guna pengaruh media sosial tingkat jualan cakoi
Biarpun sudah semakin dikenali kebanyakkan warga Johor Bahru....cakoi warna warni, RR Cakoi di gerai sebelah Hospital Sultan Aminah (HSA), masih menggunakan pengaruh media sosial bagi mengetengahkan produk sedia ada. Pemiliknya, Ayza Sarbani berkata selain penggunaan Facebook, Instagram dan aplikasi Whatapss, dia juga menggunakan khidmat influancer untuk menggingatkan kembali kewujudan cakoi 20 perisa itu.

Niaga AWANI: Perdagangan | FDI suku pertama 2022 kekal tinggi
Untuk mengulas lanjut perkara ini, kita bersama dengan. Prof. Dr. Sufian Jusoh Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM

BTS pecah rekod 17 tahun, jadi pemenang terbanyak Billboard Music Awards
BTS yang tercalon lewat enam anugerah, membawa pulang tiga piala, dengan memecahkan rekod, sekali gus menjadikan mereka sebagai kumpulan terbanyak dalam sejarah BMA.

Penubuhan jawatankuasa kerja banteras buruh paksa langkah wajar selesai isu minyak sawit, getah - Zuraida
Ia adalah langkah wajar bagi menyelesaikan isu berkaitan komoditi negara khususnya minyak sawit dan getah.

Banjir N.Sembilan: Dua PPS dibuka di Kuala Pilah
Daerah terlibat banjir adalah di Seremban dan Kuala Pilah.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.93 mata kepada 1,553.34 daripada 1,544.41 pada Jumaat.

Budak 11 tahun cedera ibu jari kaki tersepit eskalator
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan hampir 15 minit selepas kaki kanannya tersangkut pada tangga eskalator.

Pemilihan PKR: Hanya 'perang mulut', pemilihan 14 daripada 15 cabang di Kedah selesai
Pemilihan PKR peringkat cabang di negeri Kedah yang berlangsung hari ini menyaksikan 14 cabang daripada keseluruhan 15 cabang di negeri itu selesai.

KRC: Jalan dua lorong akan dibina dari Pokok Sena ke Padang Terap
Projek dengan kos RM600 juta itu pada dasarnya dipersetujui untuk disegerakan dalam Rolling Plan Ketiga RMK-12.

Kemasukan pelancong ke Langkawi terus meningkat
Dakwaan industri pelancongan di Langkawi berisiko untuk lumpuh berikutan kekurangan tenaga kerja dalam bidang hospitaliti tidak tepat.

Hati-hati, sindiket pinjam wang menyamar dalam Telegram di negeri Kedah
Modus operandi terbaharu sindiket berkenaan dikesan kerap digunakan sejak awal tahun di negeri Kedah.

Ban pecah: 13,350 hektar sawah padi terjejas, beri kesan keselamatan makanan - MB Kedah
Situasi yang berlaku ketika ini menyebabkan air tidak dapat disalirkan ke kawasan sawah padi yang tertentu terutama ketika musim menanam.

Prestasi Kedah Darul Aman FC tidak menentu bukan berpunca tunggakan gaji - Presiden KFA
Dakwaan yang dilemparkan individu yang tidak bertanggungjawab itu bertujuan menyalahkan kerajaan negeri, kata Muhammad Sanusi.

Individu yang 'gembira' dengan musibah adalah orang jahat, patut duduk di hutan - MB Kedah
MB Kedah bidas golongan yang gemar mencetus dan menyebar kontroversi tanpa asas sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Naik taraf lima LRA di Kedah tertangguh sebab perubahan dasar kerajaan terdahulu - Sanusi
Tindakan mengubah dasar oleh kerajaan Kedah sebelum ini didakwa telah menyebabkan pelan menaik taraf lima loji rawatan air (LRA) di negeri ini tertangguh.

801 individu ditahan terlibat kes perjudian di Kedah
Seramai 801 individu ditahan kerana terlibat dalam kegiatan perjudian di negeri ini bagi tempoh 1 Jan tahun ini hingga Sabtu lepas.