awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

528 tahanan depot imigresen lolos, 205 masih diburu, 6 maut nahas lebuh raya

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2022
01:45 MYT
528 tahanan depot imigresen lolos, 205 masih diburu, 6 maut nahas lebuh raya
Antara tahanan depot imigresen yang berjaya ditahan semula selepas meloloskan diri pagi tadi. -PDRM
BANDAR BAHARU: Seramai 528 tahanan depot imigresen sementara di Relau, Sungai Bakap, dekat sini, meloloskan diri pagi tadi.
Difahamkan kesemua tahanan yang dipercayai warga Rohingya itu meloloskan diri awal pagi tadi selepas berlaku rusuhan.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, seramai 229 daripada 528 tahanan lolos berjaya ditahan semula dan pihaknya sedang memburu baki 205 tahanan yang masih bebas.
"Kita telah berjaya menahan seramai 229 tahanan imigresen yang telah melepaskan diri pada jam 4.30 pagi tadi di Pusat Tahanan Relau, Bandar Baru, Kedah.
"Dimaklumkan kepada pihak kami, seramai 528 tahanan melepaskan diri daripada jumlah 663, orang kampung tahan 88 dan serahkan kembali kepada pihak Imigresen.
"Kita masih mencari baki 205 tahanan yang memerlukan tenaga sepenuhnya daripada pihak kami, serta bantuan orang ramai amat diperlukan.
"Alhamdulillah ada sekumpulan anak muda telah menjejaki kumpulan ini dan berjaya tangkap di tepi jalan ini dan menghubungi pihak polis," kata Mohd Shuhaily.
Facebook Komuniti Sungai Acheh
Mohd Shuhaily turut memaklumkan enam daripada tahanan yang lolos itu maut dalam nahas ketika cuba melintas lebuh raya.
"Dalam usaha melepaskan diri pagi tadi pada jam 6.50 pagi, di KM165, seramai enam tahanan telah terlibat kemalangan jalan raya yang meragut nyawa dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa, satu kanak-kanak perempuan, dan satu kanak-kanak lelaki.
Facebook Komuniti Sungai Acheh
"Apabila berlaku kemalangan, mereka dah tak berani untuk melintas lebuh raya dan mengambil keputusan menelusuri laluan sebelum ditahan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#527 tahanan lolos
#warga Rohingya
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
#depot imigresen sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan