Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh

Usahawan Elon Musk mengumumkan yang SpaceX merancang untuk membina bandar di bulan dan Marikh dalam beberapa dekad akan datang. - Gambar fail/Reuters
MOSCOW: Usahawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk mengumumkan yang SpaceX merancang untuk membina bandar di bulan dan Marikh dalam beberapa dekad akan datang, dengan tumpuan awal diberikan kepada satelit Bumi itu.
"SpaceX mengalihkan fokus kepada pembinaan sebuah bandar yang berkembang sendiri di Bulan, kerana kami berpotensi mencapainya dalam tempoh kurang daripada 10 tahun, manakala Marikh akan mengambil masa lebih 20 tahun," kata Musk menerusi platform X, lapor Sputnik/RIA Novosti.
SpaceX juga menyasarkan untuk membina sebuah bandar di Marikh dan akan mula berbuat demikian dalam tempoh lima hingga tujuh tahun, katanya.
Musk berkata penerbangan ke Marikh hanya boleh dilakukan ketika planet-planet dalam Sistem Suria berada pada kedudukan sejajar iaitu setiap 26 bulan dan perjalanan itu sendiri mengambil masa enam bulan. Pada masa yang sama, menurut usahawan AS itu, roket ke Bulan boleh dilancarkan setiap 10 hari dan perjalanan hanya mengambil masa dua hari, sekali gus membolehkan pembinaan bandar di satelit Bumi dilakukan dengan lebih pantas.
SpaceX ialah sebuah syarikat teknologi angkasa lepas yang diasaskan oleh Musk pada 2002.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


