awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

53,287 terima suntikan pertama vaksin COVID-19 - Khairy

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
03/03/2021
01:58 MYT
53,287 terima suntikan pertama vaksin COVID-19 - Khairy
Khairy berkata, Sarawak merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 9,737 penerima. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Seramai 53,287 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menerima suntikan sehingga semalam.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, Sarawak merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 9,737 penerima.
Katanya, negeri kedua tertinggi pula ialah Perak dengan jumlah keseluruhan suntikan sebanyak 5,714; diikuti Pahang seramai 5,696 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah seramai 5,601 orang.
Update as of 2359hrs 2 March. #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/Tm8PPHqrvT
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 3, 2021
“Selain itu, Kelantan merekodkan jumlah suntikan sebanyak 4,593; diikuti Johor (4,430); Kedah (3,017); Terengganu (2,438); dan Selangor (2,047).
“Negeri yang merekodkan jumlah lebih 1,000 pula ialah Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,905 diikuti Pulau Pinang (1,821); Melaka (1,601); Sabah (1,317); Wilayah Persekutuan Labuan (1,285); Perlis (1,057) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu sebanyak 1,028 individu,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya di sini, pada Rabu.
Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi individu pertama menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 selepas melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
BACA: Vaksin COVID-19: "Tak rasa pun, macam cucuk biasa" - Muhyiddin
Segala maklumat tentang vaksin boleh didapati di sini: Jejak Vaksin COVID-19
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Khairy Jamaluddin
#Sarawak
#Perak
#Pfizer
#BioNTech
#Muhyiddin Yassin
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan